BUKIT GANTANG – ANUGERAH TUHAN PADA RAKYAT PERAK
JADIKAN BUKIT GANTANG BUKTI KUKUH
JIKA Pakatan Rakyat memang pembela rakyat , pendokong rakyat dan menjadi pilihanrakyat , Bukit Gantang adalah medannya .
Usah tunggu lagi , kerusi itu milek Pas , dan sewajarnya diserahkan kepada Pas semula dan biarlah Pas bertanding dengan BN yang tentunya diwakili oleh Umno .
Kerajaan Perak yang diterajui Pas sudah tumbang kerana permohonan untuk mengadakan pilihanraya kecil tidak dilayan dan Bukit Gantang seharusnya menjadi medan pemula kearah membuktikan bahawa rakyat memang sebenarnya berada di belakang PR .
Tidak guna beretorik bahawa PR disokong rakyat sedangkan hakikatnya rakyat tidak mahu lagi memberikan undi kepada PR tetapi sekiranya PR berjaya mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang dengan undi majoriti yang meningkat berkali-kali ganda , jelaslah apa yang di war-warkan itu bukan sekadar satu retorik kosong .
Itu sahaja caranya bagi mengajar parti BN yang selama ini cuba menafikan hak dan kepentingan rakyat Perak dan kekosongan kerusi Bukit Gantang ini umpama hadiah Tuhan kepada rakyat Perak sendiri .
Ayuh , gunakan kebijaksanaan dalam berpolitik untuk mengambil sokongan pengundi Bukit Gantang serta memastikan bukan sahaja kerusi itu kekal ditangan PR dan Pas tetapi juga mengajar dan memberitahu BN , beranilah berpijak dibumi nyata .
Cili Padi akan kesana , menonton , menyaksikan , menilai dan membuat kajian kecenderungan pengundi disana .
Jika PR dan Pas kalah , berhentilah menyalak bahawa rakyat Perak menyokong mereka kerana jika pilihanraya kecil bagi kerusi Dun Cangkat Jering , Behrang atau seluruh Perak sekali pun , PR pasti kalah dan akan kehilangan kerusi yang dimilikinya .
Jadikan ini petunjuk dan pentunjuk ini sewajarnya diakuri oleh semua pihak termasuk pihak yang berkepentingan atau pun tidak .
Cili Padi – tak nak beretorik lagi .
sayapun tengah tunggu .. apa kehendak rakyat perak sebenarnya.
azizahns - February 12, 2009 at 10:03 am