POLITIKUS HANTU
merayap ke setiap parti

KENAPA BEGINI ?

Menteri dari Perak Datuk Ahmad Zahid Hamidi entah macam mana , telah mengeluarkan arahan supaya ketua jabatan dan kakitangan  kerajaan persekutuan supaya jangan menghadiri apa-apa majlis atau mesyuarat dengan kerajaan negeri Perak .

Katanya , tindakan tatatertib akan dikenakan kepada mereka sekiranya mereka engkar kecuali bagi kakitangan atau ketua jabatan kerajaan di peringkat gunasama , dibenarkan tapi dalam keadaan berpada-pada .

Malang sekali kakitangan kerajan di Perak , mereka terpaksa membataskan diri dalam memberikan khidmat kepada rakyat semata-mata kerana perbezaan fahaman politik .

Kata mengamalkan demokrasi dan keputusan rakyat adalah suara keramat tetapi apabila suara keramat itu membuat keputusan , ternyata kerajaan pusat seakan-akan tidak mahu menerima keputusan rakyat dan sengaja mencari salah dan membebankan kakitangan kerajaan dengan arahan yang bukan-bukan .

Sepatutnya hubungan kerajaan negeri dan pusat mesti di harmonikan tidak kira perbezaan politik mereka kerana antara kerajaan negeri dan pusat umpama aur dengan tebing .

Jika aur tidak kuat , tebing pasti runtuh dan begitu sebaliknya tetapi dalam keadaan ini saolah-olah tebing sedang menekan aur dan jika berterusan yang rugi bukan setakat aur itu sahaja tetapi juga tebing itu sekali .

Kerajaan pusat ada kuasanya tersendiri , kerajaan negeri juga ada kuasa yang tertentu dan dikalangan keduanya ada pula kuasa yang berkongsi , jadi dalam erti kata lain apa pun pegangan politik sesebuah kerajaan itu , kerjasama mesti dibentuk terutamanya dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat yang menjadi pemilik suara keramat setiap lima tahun sekali melalui pilihanraya .

Zahid umpama menjolok sarang tebuan sedangkan ramai masih ingat bila Zahid jadi ketua pemuda dan Anwar Ibrahim di pecat dari Umno dan kerajaan , masa itu , muka Zahid entah kemana tetapi satelah dapat bertapak dalam parti dan kerajaan semula , Zahid umpama lebih sudu dari kuah .

Memang diakui hubungan Zahid dengan Najib erat tetapi hubungan itu sebenarnya hubungan antara saorang bos dengan orang bawahannya bukan hubungan saorang kawan .

Zahid kena ingat itu semua dan jangan tersalah menduga bahawa Najib adalah sahabatnya kerana jika Najib merasakan bahawa Zahid telah menjadi libaliti kepada nya tidak mustahil untuk Najib membuang Zahid .

Justeru jangan lah Zahid berasa bahawa ia sudah cukup kuat sahingga dasar berbaik-baik yang sepatutnya diamalkan sudah menjadi dasar membalas dendam dan tentunya ini tidak disukai rakyat .

Kenapa dicegah kakitangan kerajaan pusat berbaik-baik dengan kerajaan negeri , tidak adakah sumbangan kerajaan negeri untuk memajukan kerajaan pusat , tiadakah cukai yang dipungut di Perak sahingga kakitangan persekutuan dilarang untuk menghampiri kerajaan negeri biar pun berada di negeri itu sendiri .

Jangan lah Zahid berlagak ayam jantan di reban orang , sedarlah biarpun Zahid orang Perak tetapi berbuat sesuka hati adalah satu kesalahan dan tindakan politik wajar diambil terhadap Zahid jika BN mahu kembali memerintah negeri itu .

Menyekat , menghina dan mengugut rakyat bukan lagi budaya yang dapat diterima dan jika berlaku piihlanraya kecil di Perak dalam sehari dua ini , kenyataan Zahid itu pasti memberikan pukulan kembali kepadanya nya .

Jangan perbodohkan kakitangan kerajaan persekutuan biarpun selama ini rakyat telah banyak kali di perbodohkan tetapi PRU 13 nanti , nasib Zahid bakal menjadi taruhan .

Rakyat telah mula bersuara dan selama ini kerana rakyat Malaysia adalah pengundi yang baik , mereka memberikan undi kepada parti pemerintah tetapi jika parti itu sendiri bongkak , takbur dan sombong , telah banyak bukti yang rakyat menolak kerajaan tersebut .

Jangan pula nanti Zahid jadi mantan YB akan keceluparan arahan yang dikeluarkannya itu .

 

Cili padi – memang dah lama tahu Zahid tak wajar dibuat kawan

No Responses to “KENAPA BEGINI ?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: