POLITIKUS HANTU
merayap ke setiap parti

CADANGAN BUAT BAKAL PRESIDEN UMNO

 

 

PENJENAMAAN SEMULA UMNO

 

 

UMNO tidak lemah , Umno masih releven dengan orang Melayu dan Umno masih berada di peringkat akar umbi dengan kukuhnya Cuma orang Melayu dan segelintir ahli Umno yang tidak yakin dengan parti itu dan pemimpinnya sahingga tidak memberikan undi semasa  pilihanraya umum ke 12 lalu .

 

Sebagai presiden parti yang mempunyai keanggotaannya melebihi 3 juta ahli , usaha gigih perlu dijalankan bagi mengembalikan minat pengundi untuk memangkah Umno dan Barisan Nasional dan seterusnya memastikan Umno tetap menjadi teras dalam system politik dan pemerintahan negara ini .

 

Datuk Seri Najib bertanggungjawab untuk menjenamakan semula Umno dengan memulihkan keyakinan ahli di peringkat akar umbi supaya terus bersama dengan Umno tidak kira dimasa susah mahu pun senang .

 

Beberapa langkah segera perlu dijalankan oleh Najib bagi tujuan penjenamaan semula Umno itu dan oleh kerana sistem sedia ada telah tidak releven lagi dan ditolak oleh pengundi serta ahli Umno , satu sistem terbalik atau sonsang perlu dijalankan bagi menarik kembali minat pengundi terhadap Umno .

 

Pertama , Umno telah berusia lebih 62 tahun , satu usia yang matang dan mungkin tidak keterlaluan kalau dikatakan Umno sudah tua kalau pun tidak terlalu tua.

 

Kalau diibaratkan Umno sebagai kakitangan kerajaan , Umno telah bersara dari memimpin sejak 4 atau 6 tahun yang lalu pada usia bersara 56 atau 58 tahun tetapi kerana Umno adalah parti politik dan corak kepimpinan Umno sentiasa berkesan sepanjang masa , maka Umno harus dan  mesti releven dengan Negara ini dan juga keadaan semasa dalam Negara .

 

Umno tidak boleh pupus atau hapus dari muka bumi Malaysia kerana kehilangan Umno bukan sahaja akan ditangisi oleh kelompok 3.4 juta ahli tetapi juga oleh keseluruhan rakyat yang pernah dipimpin oleh Umno .

 

Juteru itu , Umno mesti mencari ruang bagaimana dan cara mana untuk Umno di remajakan semula dan jika boleh sama saperti berebut-rebutnya orang Melayu menyertai Umno diawal penubuhannya tahun 1946 lalu .

 

Peremajaan Umno bukan sahaja menjadikan Umno lebih kuat dan mampu untuk bertahan lebih 50 tahun lagi kerana membiarkan Umno saperti sekarang , akan menjadikan Umno usang dan terus terpinggir dari hati rakyat dan kepimpinan Negara .

 

Adalah lebih baik jika peremajaan ini mengambil kira sensitiviti masyarakat Melayu semasa terutamanya gulungan muda kerana ini lah gulungan yang bakal mewarisi kepimpinan Umno untuk dekad-dekad yang akan datang .

 

Pemimpin boleh pergi dan datang tetapi Umno tidak boleh pergi kerana kehilangan Umno dari puncak kuasa dan pentadbiran Negara merupakan satu kehilangan yang sangat besar dan boleh merugikan semua orang tidak kira mereka Melayu atau bukan.

 

Kedua , pemilihan pemimpin saperti yang diamalkan sekarang wajar diubah kepada satu sistem baru dimana semua ahli Umno berhak memilih pemimpin secara demokrasi.

 

Tidak ada lagi pemimpin yang dipilih atas sebab mempunyai hubungan baik dengan pemimpin tertentu , mempunyai hubungan persaudaraan atau pun pandai bermuka-muka serta mengampu disamping kaya tetapi mempunyai akal fikiran saperti penyamun .

 

Pemimpin disemua peringkat dari cawangan , bahagian , negeri dan pusat perlu dipilih oleh lebih 3 juta ahli Umno , macamana caranya terpulang kepada pucuk pimpinan kerana dalam sistem sains dan teknologi sekarang , tidak ada yang mustahil untuk dilakukan .

 

Jika sitem pilihanraya umum yang begitu sukar dan meliputi kawasan serta bilangan pengundi yang besar , apa sangatlah dengan 3 juta ahli yang tentunya mudah dilaksanakan jika ada kemahuan .

 

Begitu juga di peringkat perhubungan negeri , perlu ada pemilihan mengikut sistem yang sama kerana jawatan-jawatan di peringkat ini sangat penting  kerana disinilah letaknya penapisan peringkat kedua dalam memilih calon Umno dalam pilihanraya .

 

Disetiap bahagian , ada antara 20,000 hingga 30,000 ahli dan lebih 80 peratus adalah pengundi berdaftar , ini bermakna lebih 16,000 hingga 24,000 adalah pengundi dari kalangan ahli Umno .

 

Tidak ada sebab untuk Umno kalah dikawasan tersebut jika semua ahli Umno mengundi Umno dan BN tetapi hakikat sebenarnya ialah mereka ini lah yang memberikan undi kepada pembangkang atas beberapa faktor antaranya tidak setuju dengan calon , pemilihan calon tidak sesuai dengan kehendak mereka dan marah dengan pemimpin tempatan atau nasional berhubung dengan isu-isu tertentu .

 

Ketiga , Najib perlu menggerakan aktibiti-aktibiti Umno disemua peringkat dan tidak hanya di peringkat pusat dan negeri sahaja kerana yang lebih penting ialah di peringkat cawangan dan akar umbi dimana Umno itu bertapak

 

Sekarang ini , cawangan saolah-olah tidak berfungsi sepenuhnya semasa tidak ada pilihanraya atau pemilihan di peringkat cawangan .

 

Pemimpin di cawangan tidur serta tidak melaksanakan aktibiti-aktibiti atas alasan tiada keperluan sedangkan pembangkang , saban waktu mengadakan ceramah , usrah dan perjumpaan bagi menarik minat orang ramai mendekati dan mengundi parti mereka .

 

Sikap terlalu ego dengan sejarah dan kedudukan sebagai parti pemerintah menjadi mereka bongkak , alpa dan dibenci masyarakat dalam diam sahingga pemimpin Umno tidak sedar bahawa mereka sudah tidak bertaring lagi dimata pengundi semasa pilihanraya umum .

 

Jika keadaan ini dibiarkan dan penjenamaan semula tidak dilakukan oleh Najib , Umno mungkin berkubur dalam PRU ke 13 nanti dan parti itu mungkin tinggal sejarah menjelang pertengahan abat ke 21 .

 

Keempat , usaha menarik minat generasi muda kedalam Umno mesti dijalankan seiring dengan memantapkan daya pemikiran generasi lama dalam Umno .

 

Tidak wajar sekatan dikenakan kepada kumpulan ini untuk menuarakan pandangan dan pendapat serta peluang perlu diberikan seluas-luasnya kepada mereka untuk berfikir di masa yang sama perlu di susun sessi penerangan dan percambahan fikiran yang sesuai dengan mereka dan selari dengan perjuangan Umno .

 

Generasi muda ini kebiasaannya adalah mereka yang berkedudukan , berpendidikan dan bebas untuk mengetahui sebarang maklumat dan bebas untuk membuat keputusan .

 

Sekiranya Umno memantapkan daya intelek mereka dengan kekuatan Umno itu sendiri  mustahil gulungan ini boleh lari menyokong pembangkang kerana aspirasi yang mereka ingin wujud dalam Umno sendiri .

 

Kelima , politik wang perlu disekat kerana ianya bukan sahaja menghancurkan Umno malahan pemimpin yang naik dengan wang ringgit akan menjadi perompak dan penyamun apabila berkuasa bagi menggantikan wang yang telah mereka laburkan .

 

Peruntukan besar mesti disediakan untuk cawangan dan bahagian bagi menjalankan aktibiti dan ianya mesti disalurkan dengan telus supaya tidak ada yang menuduh berlakunya penyelewengan peruntukan .

 

Jika cawangan mempunyai peruntukan khusus dari Umno , mereka tidak perlu menagih wang dari individu atau pemimpin  tertentu dan tidak ada keperluannya untuk individu itu memberikan wang walau dengan sebarang alasan kerana peruntukan dicawangan itu sendiri sudah mencukupi .

 

Jika ada yang cuba untuk menyogok atas maksud tertentu , tindakan undang-undang mesti diambil tidak kira samaada pemimpin pemimpin kecil atau ikan jerung .

 

Selain itu , sistem pengurusan kewangan Umno juga perlu diperkemaskan dengan mewujudkan pengoditan keatas perbelajaan yang dikeluarkan baik semasa mengadakan aktibiti , ceramah , semasa pilihan raya umum mahupun di mesyuarat cawangan dan bahagian .

 

Sistem yang ada sekarang ibarat melepaskan batuk ditangga sahaja dan sekadar mengabui mata sedangkan sebenarnya , wang yang mengalir setiap kali Umno mengadakan pemilihan amat besar sekali .

 

Peruntukan besar perlu disalurkan ke cawangan bagi menganjurkan ceramah sepanjang masa dan isu-isu baru perlu diketengahkan bagi menarik minat generasi muda mendekati Umno

 

Keenam , tradisi Umno mengusai kerajaan tidak wajar dijadikan agenda untuk menarik generasi muda menyertai Umno dengan alasan bahawa mereka menyertai parti yang akan mengontrol kerajaan sedia ada .

 

Ini menjadikan kebanyakan ahli Umno bongkah dan sombong dengan kakitangan kerajaan dan sering memberi amaran dan ugutan untuk mengambil tindakan keatas mereka jika tidak bertindak mengikut apa yang diinginkan oleh mereka .

 

Sistem pentadbiran kerajaan hari ini adalah antara yang terbaik di dunia dan jika ada tangan-tangan ghaib yang mengganggu perjalanan kerajaan , pasti menimbulkan kegusaran dalam menjalankan tugas dan ini boleh menjejaskan prestasi Umno .

 

Kerajaan membuat dasar , kakitangannya melaksanakan dasar dan jika mereka tidak melaksanakan dasar yang dipersetujui , tindakan mengikut peratusan sedia ada perlu dikenakan .

 

Mengenakan ugutan atau amaran bukan tindakan sesuai apalagi kalau apa yang disarankan itu menyalahi peruntukan undang-undang atau peraturan perkeliling tertentu .

 

Ketujuh , Umno tidak perlu lagi menunjukan bahawa parti itu terlalu dominan dalam BN kerana ianya tidak digemari oleh parti lain saolah-olah mereka sekadar nasi tambah dalam memimpin negara ini sedangkan sumbangan setiap parti dalam BN sama besarnya dengan sumbangan Umno itu sendiri .

 

Lihatlah apa sudah jadi bila kaum cina menolak MCA dan Gerakan serta kaum india menolak MIC atas alasan bahawa parti-parti itu menjadi boneka Umno sedangkan hakikatnya , mereka berkongsi kuasa dengan Umno itu sendiri .

 

Biarlah Umno dalam BN kelihataan setaraf baik berdiri mahupun duduk dengan parti-parti lain asalkan semua memahami bahawa teras keupayaan dan kekuatan BN ialah Umno dan hakikat itu diakui oleh parti tersebut , sudah lebih memadai daripada kelihatan amat ampuh tetapi  tidak diterima semasa pilihanraya .

 

Biarpun Umno tidak pernah membuli parti komponen lain , tetapi kerana Umno adalah teras kepada BN maka apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin Umno akan menjadi satu dasar yang perlu dipatuhi oleh semua komponen BN .

 

Umno perlu lebih banyak jadi pemerhati dan tempat dimana komponen BN yang lain menjadikan Umno sebagai tempat rujukan bukan sebagai rakan yang ditakuti sebagaimana sikap saorang bapa apabila membeliakkan mata kepada anaknya .

 

No Responses to “CADANGAN BUAT BAKAL PRESIDEN UMNO”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: