POLITIKUS HANTU
merayap ke setiap parti

DASAR EKONOMI NASIONAL ( DEN )

( disalin dari blog pejun.blogspot.com )

 

MARCH 2009 tinggal hanya beberapa bulan dan jika itu memang ketentuan Tuhan , Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Perdana Menteri yang keenam dan Perdana Menteri yang mungkin mempunyai tugas yang paling berat berbanding dengan perdana menteri sebelum ini .

 

Mungkin juga senerio sekarang agak menyamai kejadian yang berlaku kira-kira 38 tahun lalu bila bapa Najib Tun Abd Razak Hussien mengambil alih teraju kepimpinan negara dari Tunku Abd Rahman salepas peristiwa 13 Mei dan bermula dari situ Dasar Ekonomi Baru ( DEB) dirancang dan dijadikan teras kepada pembangunan negara .

 

Dasar tersebut menjadi tunjang kepada segala dasar lain yang dibentuk kerajaan , diasaskan kepada dua strategi utama iaitu menysusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum .

 

Walaupun DEB kemudiannya diganti dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) tetapi roh  tetap sama kerana sejak ianya dilancarkan hingga tamat 20 tahun kemudian , penyusunan semula masyarakat dan pembasmian kemiskinan belum tercapai sepenuhnya .

 

Pemilikan ekuiti Melayu berbanding kaum-kaum lain di bidang ekonomi masih rendah sekitar 18 peratus sahaja sedangkan hasrat yang ingin dicapai melalui DEB ialah  30 peratus  .

 

Kedudukan itu wajar kerana lebih 60 peratus penduduk di negara ini adalah kaum Melayu dan bumiputra dan kadar jumlah ekuiti itu dikira masih terlalu kecil berbanding dengan pemilikan ekuiti kaum-kaum lain .

 

Sejajar dengan perkembangan semasa negara yang bakal menuju ke negara maju menjelang tahun 2020 , satu dasar baru yang mirip DEB perlu di rancang dan dilaksanakan supaya hasrat dan cita-cita DEB yang diasaskan oleh Tun Razak mencapai matlamatnya .

 

Mungkin Dasar Ekonomi Nasional (DEN) atau Dasar Ekonomi Maju (DEM) wajar dirangka dari sekarang kerana proses peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib sedang berjalan  dan tempoh itu semakin hari semakin dekat .

 

Sebagai pemimpin yang mewarisi bakat dari Tun Razak dan dalam keadaan negara dan politik yang agak kurang stabil , Najib saaolah-olah mempunyai tanggung jawab besar bagi merangka satu dasar baru yang sesuai dengan pengisian negara maju , yang mahu tidak mahu pasti akan menjelang tiba .

 

Harapan rakyat pada Najib sangat besar dan Najib tidak wajar mensia-siakan peluang ini bagi memastikan bukan sahaja negara terus berada dibawah pemerintahan BN tetapi juga keaman dan kemakmuran yang dinikmati rakyat sekarang , terus berkekalan .

 

Segala sudut perlu diambil kira termasuk peningkatan ekuiti masyarakat bukan Melayu dan bumiputra selain pemilikan ekuiti Melayu yang semakin hari semakin menurun.

 

Oleh kerana pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat masih belum mencapai hasrat yang ditetapkan , kedua-dua teras DEB hendaklah di remajakan semula melalui DEN atau DEM .

 

DEN mahupun DEM menjadi wadah baru kepada kepimpinan baru yang lebih dinamik , bersungguh-sungguh dan realistik dengan masyakat berbilang kaum dinegara ini.

 

Mungkin perkara 153  Perlembagaan Persekutuan berhubung Hak-Hak Istimewa Orang Melayu , Kontrak Sosial , pemberian biasiswa dan banyaklah isu utama juga turut diselitkan dalam pembinaan DEN atau DEM .

 

Satu lagi espek yang perlu dipertimbangkan ialah espek undang-undang dan penguatkuasaan dimana mereka tidak kira penyokong kerajaan atau pembangkang yang mengungkit , mempertikaikan , tidak mahu melaksanakan atau sengaja diambil tindakan .

 

Penguatkuasaan perlu memandangkan sudah wujud satu budaya dikalangan pemimpin politik untuk mencari pepuloriti murahan dikalangan kaum masing-masing terutamanya menjelang pemilihan dalam parti yang mereka wakili .

 

Jika DEB memfokuskan kepada masyarakat Melayu , DEN atau DEM wajar digubal untuk semua gulungan dan kaum biarpun terasnya tetap membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat .

 

Kekuatan ekonomi adalah tunggak utama selain kesetabilan politik daan sebarang cubaan untuk menseimbangkan pengagihan kek ekonomi negara wajar ditentang tanpa mengira keturunan .

 

Biar pun Najib pernah membayangkan bahawa roh DEB akan dihapuskan secara beransur-ansur tetapi tentunya satelah roh itu sendiri mencapai matlamat penubuhan DEB itu sendiri .

 

Penjenamaan semula DEB ini perlu dilihat sebagai usaha kearah memantapkan ekonomi negara dengan mengambil kira pembangunan ekonomi tempatan yang lebih berdaya saing berbanding dengan ekonomi antara bangsa yang sering tidak stabil dan terlalu dipengaruhi oleh faktor-faktor negara besar .

 

Usaha untuk kembali kebidang pertanian komersial melalui syarikat besar kerajaan atau GLC perlu dijadikan tumpuan utama kerana hanya pertanian komersial sahaja yang mampu menjana ekonomi  negara berbanding pertanian secara kecilan bagi kegunaan keluarga dan masyarakat sekitarnya .

 

Kita perlu lebih banyak mengeksport daripada mengimport kerana penggantungan kepada barangan import akan menyebabkan negara mengalami banyak masaalah bekalan dan harga apabila berlaku satu-satu krisis .

 

Selain itu , penggantungan kepada komoditi tertentu saperti kelapa sawit dan getah dalam negara perlu dikurangkan sebaliknya usaha memperluaskan penanaman komoditi tersebut di negara lain saperti yang di lakukan sekarang , dilihat bukan sahaja mampu menseimbangkan keadaan dalam negara .

 

DEB atau DEM juga harus menjadikan agenda perpaduan sebagai fokus menjelang tahun-tahun mendatang dimana masyarakat lebih mengutamakan kepentingan kelompok tertentu dari kepentingan negara .

No Responses to “DASAR EKONOMI NASIONAL ( DEN )”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: