POLITIKUS HANTU
merayap ke setiap parti

SHAHRIL dan MINYAK , 5 isu utama

NAIK MEMECUT,TURUN BERDIKIT

 

 

ISU PERTAMA

Pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahril A Samad baru-baru ini bahawa harga minyak di pam akan diturunkan lagi selaras dengan harga minyak dunia yang mencecah USD 67 setong , satu pengumuman yang ditunggu-tunggu semua pihak .

 

Malangnya ada syarat disebalik pengumuman yang begitu indah dimana minyak petrol berkemungkinan diturunkan tidak lebih 15 sen seliter manakala diesel pula 20 sen seliter atas alasan tidak mahu kerugian mendadak kepada pengusaha stesen minyak .

 

Lunak betul bahasa Shahril , nasib peniaga stesen minyak yang jumlahnya mungkin tidak sampai 3,000 orang dijaga sebegitu mesra sedangkan nasib pengguna yang berjumlah 27 juta dinegara ini , dibiarkan mengalami kesulitan dan keresahan .

 

Shahril mungkin lupa bahawa sewaktu minyak naik mendadak 78 sen seliter tiga bulan lalu , pengusaha stesen minyak tiba-tiba merungut kerana komisen yang diterima tetap sama walaupun harga di pam dinaikan , lantas kerajaan menetapkan bahawa kadar komisen bergantung kepada harga minyak di pam .

 

Tersenyum lebar lah mereka dan pertama kali dalam sejarah , harga minyak dinaikan begitu tinggi dan pertama kali dalam sejarah juga , stesen minyak sesak dari petang hingga jam 12 malam hari yang sama pengumuman minyak dinaikkan .

 

Bayangkan lah jika satu stesen minyak mampu menjual antara 50,000 liter hingga 100,00 liter sehari dan bekalan pula dihantar pagi sebelum minyak dinaikkan , bayangkanlah keuntungan setiap liter minyak yang  dijual salepas jam 12 malam biarpun harga pada masa penghantaran adalah harga sebelum minyak dinaikan .

 

Agaknya bila untung besar diam , tetapi bila kurang sikit ( bukan rugi ) mulalah merungut dan menteri pula mahukan rakyat sendiri yang menanggung beban kewangan rungutan itu .

 

Dulu masa dekat hari raya , Sharil berkata harga tak boleh turun terlalu rendah kerana kuatir bekalan tidak mencukupi masa hari raya kerana pengusaha stesen minyak malas nak jual banyak kerana untungnya sikit .

 

Betul ke Shahril ni .

 

ISU KEDUA

Harga minyak diasaskan kepada harga dipasaran dunia , kenaikan tidak dapat dielakan kerana harga minyak dunia naik dan kerajaan tidak mampu untuk tanggung subsidi yang meningkat berbilion-bilion ringgit setahun .

Tidak disentuhpun soal tukaran wang asing antara ringgit dengan dollar US , dan pada masa itu nilai dollar US tidak disentuh lansung kecuali harga minyak USD 147 setong .

 

Rakyat percaya kepada penerangan menteri dan menerima hakikat bahawa kita tidak dapat lari dari pasaran global kerana harga minyak seluruh dunia naik biarpun ada yang membandingkan keadaan negara ini dengan negara tersebut dari segi kedudukan ekonomi mereka , pendapatan per kapita dan apakah negara tersebut menjadi pengeluar minyak atau tidak .

 

Tetapi bila harga mula menurun , rakyat masih tidak dapat penurunan yang seimbang saperti penurunan harga minyak dunia kerana Shahril kemudiannya membandingkan pula kadar tukaran ringgit dengan USD yang menjunam .

 

Kesitu pulak Shahril membuat perbandingan dan minyak hanya turun sekadar 10 hingga 15 sen sahaja kerana kadar pertukaran tersebut tidak menguntungan negara ini lagi .

 

Begitu liat Shahril nak menurunkan harga minyak di pam dan Shahril sentiasa madah berhelah bagi melihat rakyat terus sengsara mungkin bagi memberitahu rakyat , ini lah akibatnya kalau tidak menyokong kerajaan secara total biarpun sebelum PRU 12 , Najib pernah menngumumkan bahawa dakwaan pembangkang yang kerajaan akan menaikan harga minyak salepas PRU tidak benar sama sekali .

 

Shahril biarpun menjadi menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna tetapi beliau mungkin pengguna yang paling sadikit menjalankan haknya berbanding kedudukan beliau dalam soal perdagangan dalam negeri .

 

Shahril mungkin tidak merasa bagaimana sukarnya bersesak tengah malam semata-mata ingin mengisi minyak bagi menikmati perbezaan harga kira-kira RM 30 setangki penuh .

 

Shahril juga tidak mengetahui berapa kilometer kenderaan dapat bergerak apabila mengisi RM 100 kerana minyak yang diisikan oleh pemandu nya ditanggung kerajaan , jalanlah kemana pun dan isilah berapa banyak pun , semuanya kerajaan yang tanggung .

 

Shahril sebagai menteri tidak paham bagaimana sulitnya kehidupan rakyat akibat kenaikan harga minyak kerana beliau bergaji besar , mempunyai kenderaan kerajaan dengan pemandu , mempunyai sukup kemudah dan elaun yang diberikan kerajaan , berjumlah ribuan ringgit sebulan .

 

Jadi apa erti sukar pada Shahril untuk menaikan harga minyak atau meruncitkan penurunannya kerana Shahril tidak mengalami apa-apa kesulitan , malahan beliau mempunyai peluang untuk menjadi lebih pepulor .

 

Bayangkanlah , beliau mengumumkan bahawa harga akan dinaikan di awal bulan terkedepan tetapi pertengahan bulan sudah dinaikan sedangkan apabila harga hendak diturunkan , dua minggu beliau telah mewar-warkannya kepada rakyat .

 

Jadi dalam soal ini , Shahril tidak rugi atau merasa apa-apa  jika minyak di pam mahal bagai emas sekali pun tetapi yang dibimbangi Shahril ialah keuntungan kecil yang bakal diterima pengusaha stesen minyak .

 

Ada apa-apa ke ? .

 

ISU KEEMPAT

Isu ini isu utama iaitu KESILAPAN BESAR yang dilakukan kerajaan kerana menaikan harga minyak sedangkan kenaikan sebenar harga minyak global Cuma 2 minggu sahaja dana salepas itu , kedudukannya mula statik dan menurun .

 

Jika kerajaan bertahan untuk tempoh itu , kerajaan mungkin mengalami kekurangan simpanan bagi menampung subsidi tetapi 27 juta rakyat tidak mengalami inflasi yang melampau , harga barangan terutamanya beras tidak naik mendadak , harga makanan di kedai naik sahingga 30 peratus , kos pengangkutan meningkat tinggi dan serba serbinya naik .

 

Itu lah akibat yang terpaksa diterima rakyat apabila harga minyak dinaikan tetapi apabila harga mula turun , Shahril tidak pula mampu menurunkan harga barangan yang dah naik .

 

Disinilah kesilapan menaikan harga minyak secara mendadak yang bukan sahaja memberikan impak yang besar kepada rakyat tetapi juga kepada sokongan rakyat yang semakin terhakis dari masa kesemasa akibat dari salah urus dan salah tadbir negara ini .

 

ISU KELIMA

Wajar jika dicadangkan agar kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di pisahkan kepada kementerian perdagangan dalam negeri dan kementerian hal ehwal pengguna supaya tidak berelaku pertindihan tanggungjawab .

 

Jika Shahril menjadi menteri kepada salah satu kementerian tersebut , mudahlah untuk beliau menjalankan tanggungjawab dengan berkesan , tidak saperti sekarang sentiasa berhati-hati dan lebih mengutamakan perdagangan daripada pengguna .

 

Tidak perlulah Shahril berkira sangat untuk menurunkan harga minyak di pam kerana ada menteri lain yang mewakili pengguna yang akan mendesak beliau mengutamakan kepentingan pengguna .

 

Ataupun jika ada menteri lain yang cuba menggugat keharmonian pengguna , Shahril pula yang jadi hulubalangnya , membela nasib pengguna .

 

Kan itu lebih mudah dari sekarang .

 

Harapan salepas ini Najib dapat memikirkan idea ini biarpun ianya tidak bernas dan datangnya dari blogers sahaja .

 

Apa pula isu anda ?

 

 

CP – sedia beri pandangan lain .

bagus macam ini , tak payah pakai minyak , tak lah perlu komen Shahril

bagus macam ini , tak payah pakai minyak , tak lah perlu komen Shahril

No Responses to “SHAHRIL dan MINYAK , 5 isu utama”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: