POLITIKUS HANTU
merayap ke setiap parti

RAFIDAH VERSUS SHARIZAT

PENCALUNAN demi pencalunan diterima oleh Naib Ketua Wanita Datuk Sharizat Abdul Jalil biarpun beliau berkali-kali mennjukan kesetiaanya kepada Datuk Rafidah Aziz dengan memberitahu masyarakat umum bahawa beliau hanya berminat untuk bertanding jawatan naib ketua wanita dalam pemilihan tahun depan .

 

Persidangan wanita di bahagian-bahagian nampaknya tidak lagi boleh tahan dengan peralihan kuasa yang diatur Rafidah kerana mereka tidak diajak berunding sama kecuali menerima sahaja apa yang diaturkan oleh Rafidah dan Sharizat .

 

Keadaan ini menjadi mereka serba salah dan akhirnya mengambil keputusan untuk mencalunkan Sharizat bagi mencabar Rafidah sekiranya Rafidah berkeras ingin melaksanakan peralihan kuasa yang telah dirancangnya .

 

Persoalannya ialah , siapa yang untung dan siapa pula yang rugi dalam perkara ini memandangkan pencalunan Rafidah dan Sharizat telah melepasi kauta yang di tetapkan MT bagi jawatan ketua .

 

Begitu juga pencalunan Sharizat bagi jawatan naib ketua dan pencalunan dua tokoh lain bagi jawatan yang sama iaitu Datuk Kamalia Ibrahim , Ketua Wanita Kuala Kangsar dan Datuk Azalina Othman Said , Ketua bahagian Pengerang , Johor .

 

Jika kedua-dua tokoh ini cukup pencalunan untuk jawatan naib ketua , pasti kedua-duanya akan mencabar Sharizat dan dalam kedudukan ini , Sharizat kelihatan amat goyah kerana hasrat bahagian-bahagian mahukan beliau menjadi ketua tidak kesampaian .

 

Ini menjadikan Sharizat serba salah kerana persefahaman antara beliau dengan Rafidah telah dibuat tetapi apakah maknanya persefahaman itu , jika beliau dicabar di peringkat naib ketua dan jika tidak bernasib baik , beliau mungkin kalah sedangkan beliau mempunyai satu alternatif lain iaitu memungkiri janji yang dibuat dan mencabar Rafidah .

 

Penyelesaian terbaik adalah ditangan Rafidah sendiri dimana jika benar Rafidah ingin memberikan kerusi itu kepada Sharizat , ini lah masanya yang paling sesuai kerana hanya ada Rafidah dan Sharizat di kerusi tersebut .

 

sekadar hiasan - terpulang ke Sharizat samaada nak masuk ke gerbang yang baru atau tinggal diluar kandoi

sekadar hiasan - terpulang ke Sharizat samaada nak masuk ke gerbang yang baru atau tinggal diluar kandoi

Jika Rafidah menarik diri , ini bermakna Sharizat akan menang tak bertanding dan hasrat Rafidah ingin melihat Sharizat menjadi ketua wanita akan tercapai tetapi jika Rafidah berkeras ingin melaksanakannya melalui peralihan kuasa , Rafidah akan menang tanpa bertanding tetapi Sharizat hampir pasti akan ditentang dua peguam iaitu Kamalia dan Azalina .

 

Azalina berpeluang besar kerana beliau adalah menteri , saorang ketua bahagian , disenangi semua perwakilan terutamanya perwakilan lelaki dan berpotensi untuk maju kehadapan berbanding dengan Kamalia , bekas saorang wakil rakyat .

 

Mungkin Kamalia lebih berpengelaman tetapi kemampuan Azalina mengemudi dua kementerian sebelum ini menjadi asas kukuh mengapa perwakilan wanita mengundi beliau berbanding Kamalia , lagi pun sejak Azalina mengumumkan hasrat untuk bertanding , pencalunan untuk beliau bagi jawatan naib ketua , mendadak meningkat.

 

Perhitungan ini perlu diambil kira oleh Sharizat kerana Azalina adalah saorang menteri sementara Sharizat pula Cuma penasihat bertaraf menteri dan bukan anggota kabinet kerajaan .

 

Antara janji dan keadaan semasa , keadaan semasa perlu diambil kira kerana silap pehitungan politik , yang jadi mangsa nanti tentunya Sharizat sendiri .

 

Tidak ada salahnya untuk Rafidah berundur sekarang dengan menarik diri kerana bulan march atau jun sama sahaja kepada Rafidah , yang bakal mengosongkan kerusi itu kepada Sharizat .

 

Lebih mudah menyerahkan kerusi itu sekarang dari menunggu tamatnya bulan November ini dan menyerahkannya pada pertengahan jun kerana pada masa itu naib ketuanya mungkin bukan Sharizat lagi , mungkin Azalina atau pun Kamalia .

 

Jika ini benar-benar terjadi , apakah janji Rafidah kepada Sharizat dapat dilaksanakan atau adakah ini permain Rafidah untuk kekal lebih lama lagi dalam pergerakan itu .

 

Siapa tahu , ada udang di sebalik batu dimana Rafidah merancang untuk kekal sepenggal lagi dalam pergerakan itu dan membuat janji dengan harapan Sharizat kalah dan peralihan kuasa tidak perlu dilaksanakan memandangkan perjanjian itu antara Sharizat dan Rafidah sahaja .

 

Azalina atau Kamalia tidak termasuk dalam proses tersebut dan jika naib ketua wanita nanti salah saorang darinya , Rafidah terselamat dan tidak ada yang boleh mempersoalkan rasionalnya peralihan kuasa itu .

 

Ini berbeza antara Pak lah dengan Datuk Seri Najib kerana hanya Najib berada di kerusi presiden dan tiada janji perlihan kuasa dibuat antara bakal presiden dengan bakal timbalan presiden .

 

Ambilah contoh apabila Zainal Rampak berjanji kepada Shafie Mammal akan membuat peralihan kuasa tetapi kemudian di mungkiri dan yang beruntung tentunya orang lain dalam MTUC .

 

Tidak wajar jika ada yang cuba membandingkan kedua-dua senerio ini dan yang pasti jika Sharizat tidak mencabar Rafidah , Sharizat bakal menerima beberapa kemungkinan dan  kemungkinan itu , kesemuannya bukan seindah yang beliau mungkin inginkan .

 

Sekarang tinggal kepada Sharizat untuk membuat keputusan muktamad samada meneruskan agenda peralihan kuasa ataupun bangun menentang Rafidah untuk kerusi ketua wanita .

 

Sejarah telah membuktikan bahawa jika ada pemimpin yang tidak mahu mengikut arus dan keras kepala kepada keyakinan dan kepercayaan sendiri , mereka sendiri yang akan ditelan oleh gelumbang tersebut .

 

Mahukah Sharizat terkorban kerana mempertahankan Rafidah atau terkorban menentang Rafidah ? .

 

Menentang Rafidah lebih mulia dan harapan untuk menang lebih berbanding kekal di kerusi naib memandangkan kehendak ahli di peringkat akar umbi memang sebegitu .

 

Jika kita masih ingat , Rafidah diberitakan pernah berkata bahawa beliau akur dengan kekalahan nya kepada Siti Zaharah Sulaiman dan tidak akan bertanding lagi tetapi sepenggal kemudian , beliau lah yang kehulu kehilir mengumpulkan sokongan untuk mencabar Siti Zaharah .

 

Apa pula peliknya jika kali ini silap mata Rafidah ialah mengenakan Sharizat yang kelihatan berpotensi menentangnya dengan lagu-lagu merdu sedangkan ianya adalah racun yang amat berbisa sekali .

 

Resiko mungkin ada  dimana Sharizat kalah dalam pertandingannya dengan Rafidah , tetapi jika diukur arus sekarang , kenyataan itu agak mustahil berlaku , jika tidak masakan ada pencalunan dibuat kepada Sharizat walaupun Sharizat sendiri menolaknya berkali-kali .

 

Tinggal lagi , tepuk dada tanyalah fikiran yang waras , politik ialah seni serba kemungkinan tetapi jika politik pandai digayakan , ianya menjadi satu seni yang amat indah berbanding jika tersilap gaya .

 

Baik Rafidah mahupun Sharizat , pastinya tiada siapa yang mampu menolak arus kerana keputusan PRU ke 12 membuktikan bahawa setinggi mana pun jawatan yang dimiliki dan sekuat mana pun keputusan yang dijanjikan , ianya tidak menjadi apa-apa makna jika keputusan itu bukan kehendak akar umbi .

 

Biar lah situasi menang menang menjadi permainan Rafidah dan Sharizat dan bukannya politik menghancurkan kawan .

 

 

No Responses to “RAFIDAH VERSUS SHARIZAT”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: