POLITIKUS HANTU
merayap ke setiap parti

Jul
29

Nak ngaku , ngaku lah , tak nak ngaku pun tak apa kerana mengaku atau tidak , hakikatnya , Umno memang semaki n merudum .

Sana sini orang dah tak kisah lagi dengan Umno , yang koyok dan bergaya dan tak sedar-sedar diri ialah yang masih pegang jawatan .

Pakai baju merah putih , kelihatan segak tetapi hati bergelumang dengan nanah .

Mana tidaknya , yang bersarang dalam otak mereka , bagaimana nak kaya dan senangkan diri .

Cara paling mudah ialah gunakan kedudukan untuk dapatkan harta rakyat .

Rakyat susah tak apa , buat alasan itu dan ini dan beri janji sikit , kemudian lelong duit macam duit mak bapak sendiri , pujuk rakyat .

Yang dibelakang macam belatuk , orang berkokok dia berkokok , sama-sama berkokok tapi tak tahu apa yang dikokokkan .

PRU ke 13 nanti , rakyat akan sekali lagi menghukum Umno ?

CP – dah lama hukum cuma secara peribadi aje

May
04

HARI ini Umno akan buat keputusan samaada nak bertanding di Penanti atau tidak ?

Maknanya , bertanding boleh , tak bertanding pun boleh atau dalam kata lain , bertanding , ada peluang untuk menang atau kalah dan kalau tak bertanding , kalah sebelum masuk gelanggang .

Kalau macam itu , pengecut benar Umno sahinggakan kawasan yang Umno patut bertanding , tak hendak bertanding .

Kalah diluar gelanggang macam ayam jantan , kokok berderai , ekor bergelumang tahi .

Jangan lah macam tu , bertanding tetap bertanding , cuba jika tak cuba mana tahu kekuatan kita .

kata ahli ada lebih 3.3. juta tak kan pengecut sangat sampai takut nak bertanding , adat bertanding lah , ada kalah menang .

Selama ni menang saja sebab tu takut kalah sedangkan yang banyak kali kalah , mencuba untuk mencari kemenangan dan bila dah menang , akan bersedia pula untuk menerima kekalahan .

Jadilah Umno macam saorang pahlawan .

Jangan kerana menjaga kedudukan dan takut menerima kekalahan , lansung tarik diri .

tarik betul-betul tak apa juga , ini entah-entah taja calun bebas dan minta sokong calun itu .

Malu hoi, malu ….

 

cili padi – biar macam mana pedas pun tetap dimakan juga .

Apr
27

Hari mengundi PRK Penanti pada 31 Mei 2009 , dan hari penamaan calun pada 23 mei 2009 , saperti mana yang dilapurkan oleh chegubard melalui blognya .

23:31 ialah masa hampir kepada 24:00 dan salepas itu 00:00 bermakna ini mungkin adalah beberapa pengakhiran kepada PRK  dimana salepas ini mungkin tiada lagi PRK .

Maklumlah , lepas 24:00 , mana ada jam 25:00 maka terpaksalah bermula dengan 00:00 dan bermulalah babak baru kemudiannya .

Samada PRK ini penentu kepada Umno dan BN atau PKR dan PR , tidak siapa dapat memastikannya .

Yang mungkin pasti , ia adalah lubuk dalam yang bakal menjahanamkan salah satu pihak .

Kalau tidak BN dan Umno , mungkin PKR dan PR .

Kesannya amat besar kerana yang bertanding nanti tentunya calun Melayu dari Umno dan PKR , pengundinya juga orang Melayu dan kesannya juga menyangkut kepada kepentingan dan kehendak orang Melayu .

Jadi , sama-sama kita lihat .

Orang melayu masih bersama Umno dan BN atau beralih kepada PKR dan PR .

 

cilipadi – beralih ke tidak , tetap 1 malaysia

Apr
24

Suka atau tidak , PRK Penanti harus diadakan , jika tidak apa maknanya kekosongan kerusi dun jika yang kosong tidak diisikan .

Jadi , apa maknanya letak jawatan dan diistiharkan kosong , jika kekosongan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa PRK .

Kalau tak mahu bertanding , itu lain cerita , tetapi proses mesti berjalan secara betul , pembangkang pun pernah pulaukan PRK macam di Pahang dulu dan tak salah kalau kali ini , BN pulaukan PRK atas alasan memakan belanja yang banyak .

Sebelum kosong , kerusi itu milek PKR dari PR , biarkan sahaja parti itu bertanding , dan kalau tak mahu melihat menang tak bertanding , letak saja calun bebas .

Senang cerita .

Nak berbelit-belit buat apa kerana yang jelas , BN memang agak sukar dikawasan itu .

Tapi PR pun tak boleh nak koyok sangat kerana apa-apa pun boleh berlaku dan tidak mustahil bila dah terlalu kompiden , akhirnya makan bubur .

Usahlah dibuat undang-undang untuk meyekat letak jawatan atau apa-apa pun dan usahlah dicari apa-apa alasan untuk membetulkan diri .

Kan lebih baik buat undang-undang anti lompat p

Sebelum berlaku perletakan jawatan , bukan main kuat menggesa letak jawatan dan bila dah letak , kata tak ada sebab munasabah untuk letak jawatan pula .

Mana satu cakap nak pakai ni .

Eloknya , dah ada kerusi kosong , buat PRK dan rakyat tentukan mana nak pilih .

Kata rakyat didahulukan , jadi dahulukan lah rakyat dalam membuat keputusan dan keputusan rakyat mesti diterima biar[pun tidak cocok dengan kehendak diri .

Penanti adalah sebahagian dari proses itu , tak perlu gusar .

Menang pun PR , tak mendalamkan air dan kalah pun PR , tak membolehkan kerajaan negeri baru ditubuhkan di PP .

Jadi dimana tidak patutunya  ?

 

cilipadi – rasanya keputusan sebelum pertandingan ialah 60 – 40

Apr
13

Bukit Gantang telah membuktikan bahawa anugerah Tuhan itu memberikan pentunjuk yang jelas – pengambilalihan
kuasa di Perak memang tidak direstui .

Siapa pun akan berkata begitu , maklumlah masuk ikut pintu belakang kemudian tendang tuan rumah keluar , betul ke ?

Banyak punya hebat , kerana kalau betul hebat bubar lah PRK di Perak saja , kalau tak bungkam nanti.

Begitu lah , rakyat dah bersuara , jangan nak mencicit pulak .

Berani hadapi rakyat kerana kalau rakyat dah buat keputusan , hanya kekalahan sahaja yang menjadi jawabnya .

Sebelum rakyat benar-benar nekad , ubah lah .

TDM pernah berkata , kita bukan sahaja perlu bersih tetapi kelihatan bersih .

TDM adakah kelihatan bersih dan benar-benar bersih ?

Entah lah , sendiri mahu fikir lah .

cili padi – macamana bersih pun tetap pedas juga .

Mar
05

Masa sekolah , Cili Padi diajar sejarah dan antara perkara yang masih teringat ialah kerajaan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara ditubuhkan dibawah pokok .

Pokok Melaka .

Jadi jangan pelik dan terkejut kalau pokok di Perak itu mengimbau kembali zaman penubuhan kerajaan Melaka .

Jangan ketawa berdekah-dekah menghina kerana ada kemungkinan itu petunjuk bahawa dibawah pokok tersebut akan wujud semula kerajaan PR yang cuba dipadamkan .

Sikap bongkak , sombong , bangga diri dan semacam lagi sifat tidak baik itu ada kemungkinan akan memakan diri semula .

Fikirlah …

Cili Padi – sejarah boleh berulang semula dimana-mana

Feb
09

JADIKAN BUKIT GANTANG BUKTI KUKUH

JIKA Pakatan Rakyat memang pembela rakyat , pendokong rakyat dan menjadi pilihanrakyat , Bukit Gantang adalah medannya .

Usah tunggu lagi , kerusi itu milek Pas , dan sewajarnya diserahkan kepada Pas semula dan biarlah Pas bertanding dengan BN yang tentunya diwakili oleh Umno .

Kerajaan Perak yang diterajui Pas sudah tumbang kerana permohonan untuk mengadakan pilihanraya kecil tidak dilayan dan Bukit Gantang seharusnya menjadi medan pemula kearah membuktikan bahawa rakyat memang sebenarnya berada di belakang PR .

Tidak guna beretorik bahawa PR disokong rakyat sedangkan hakikatnya rakyat tidak mahu lagi memberikan undi kepada PR tetapi sekiranya PR berjaya mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang dengan undi majoriti yang meningkat berkali-kali ganda , jelaslah apa yang di war-warkan itu bukan sekadar satu retorik kosong .

Itu sahaja caranya bagi mengajar parti BN yang selama ini cuba menafikan hak dan kepentingan rakyat Perak dan kekosongan kerusi Bukit Gantang ini umpama hadiah Tuhan kepada rakyat Perak sendiri .

Ayuh , gunakan kebijaksanaan dalam berpolitik untuk mengambil sokongan pengundi Bukit Gantang serta memastikan bukan sahaja kerusi itu kekal ditangan PR dan Pas tetapi juga mengajar dan memberitahu BN , beranilah berpijak dibumi nyata .

Cili Padi akan kesana , menonton , menyaksikan , menilai dan membuat kajian kecenderungan pengundi disana .

Jika PR dan Pas kalah , berhentilah menyalak bahawa rakyat Perak menyokong mereka kerana jika pilihanraya kecil bagi kerusi Dun Cangkat Jering , Behrang atau seluruh Perak sekali pun , PR pasti kalah dan akan kehilangan kerusi yang dimilikinya .

Jadikan ini petunjuk dan pentunjuk ini sewajarnya diakuri oleh semua pihak termasuk pihak yang berkepentingan atau pun tidak .

Cili Padi – tak nak beretorik lagi .

Feb
06

DEMOKRASI BENTUK APA KALI INI ?

TUKAR DIFINASI DEMOKRASI !

Dulu cili padi difahamKan , demokrasi ialah suara majoriti mengatasi suara minoriti , biarpun satu undi .

 Tetapi sekarang , kuasa 43 peratus pengundi nampaknya mengatasi kuasa 57 peratus sokongan rakyat .

 Begitu lah demokrasi sekarang . Muak , benci , sedih dan paling terkedepan amat memualkan dihati cili padi .

Rupanya politik lebih penting dari mencari daya usaha untuk pemulihan ekonomi yang sudah gawat dinegara ini .

Ketawalah sekarang , pasti ada tangisan di masa depan .

 

Cili Padi – menangis bila suara rakyat tidak jadi suara keramat biarpun dilaungkan begitu .

Jan
22

Menteri dari Perak Datuk Ahmad Zahid Hamidi entah macam mana , telah mengeluarkan arahan supaya ketua jabatan dan kakitangan  kerajaan persekutuan supaya jangan menghadiri apa-apa majlis atau mesyuarat dengan kerajaan negeri Perak .

Katanya , tindakan tatatertib akan dikenakan kepada mereka sekiranya mereka engkar kecuali bagi kakitangan atau ketua jabatan kerajaan di peringkat gunasama , dibenarkan tapi dalam keadaan berpada-pada .

Malang sekali kakitangan kerajan di Perak , mereka terpaksa membataskan diri dalam memberikan khidmat kepada rakyat semata-mata kerana perbezaan fahaman politik .

Kata mengamalkan demokrasi dan keputusan rakyat adalah suara keramat tetapi apabila suara keramat itu membuat keputusan , ternyata kerajaan pusat seakan-akan tidak mahu menerima keputusan rakyat dan sengaja mencari salah dan membebankan kakitangan kerajaan dengan arahan yang bukan-bukan .

Sepatutnya hubungan kerajaan negeri dan pusat mesti di harmonikan tidak kira perbezaan politik mereka kerana antara kerajaan negeri dan pusat umpama aur dengan tebing .

Jika aur tidak kuat , tebing pasti runtuh dan begitu sebaliknya tetapi dalam keadaan ini saolah-olah tebing sedang menekan aur dan jika berterusan yang rugi bukan setakat aur itu sahaja tetapi juga tebing itu sekali .

Kerajaan pusat ada kuasanya tersendiri , kerajaan negeri juga ada kuasa yang tertentu dan dikalangan keduanya ada pula kuasa yang berkongsi , jadi dalam erti kata lain apa pun pegangan politik sesebuah kerajaan itu , kerjasama mesti dibentuk terutamanya dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat yang menjadi pemilik suara keramat setiap lima tahun sekali melalui pilihanraya .

Zahid umpama menjolok sarang tebuan sedangkan ramai masih ingat bila Zahid jadi ketua pemuda dan Anwar Ibrahim di pecat dari Umno dan kerajaan , masa itu , muka Zahid entah kemana tetapi satelah dapat bertapak dalam parti dan kerajaan semula , Zahid umpama lebih sudu dari kuah .

Memang diakui hubungan Zahid dengan Najib erat tetapi hubungan itu sebenarnya hubungan antara saorang bos dengan orang bawahannya bukan hubungan saorang kawan .

Zahid kena ingat itu semua dan jangan tersalah menduga bahawa Najib adalah sahabatnya kerana jika Najib merasakan bahawa Zahid telah menjadi libaliti kepada nya tidak mustahil untuk Najib membuang Zahid .

Justeru jangan lah Zahid berasa bahawa ia sudah cukup kuat sahingga dasar berbaik-baik yang sepatutnya diamalkan sudah menjadi dasar membalas dendam dan tentunya ini tidak disukai rakyat .

Kenapa dicegah kakitangan kerajaan pusat berbaik-baik dengan kerajaan negeri , tidak adakah sumbangan kerajaan negeri untuk memajukan kerajaan pusat , tiadakah cukai yang dipungut di Perak sahingga kakitangan persekutuan dilarang untuk menghampiri kerajaan negeri biar pun berada di negeri itu sendiri .

Jangan lah Zahid berlagak ayam jantan di reban orang , sedarlah biarpun Zahid orang Perak tetapi berbuat sesuka hati adalah satu kesalahan dan tindakan politik wajar diambil terhadap Zahid jika BN mahu kembali memerintah negeri itu .

Menyekat , menghina dan mengugut rakyat bukan lagi budaya yang dapat diterima dan jika berlaku piihlanraya kecil di Perak dalam sehari dua ini , kenyataan Zahid itu pasti memberikan pukulan kembali kepadanya nya .

Jangan perbodohkan kakitangan kerajaan persekutuan biarpun selama ini rakyat telah banyak kali di perbodohkan tetapi PRU 13 nanti , nasib Zahid bakal menjadi taruhan .

Rakyat telah mula bersuara dan selama ini kerana rakyat Malaysia adalah pengundi yang baik , mereka memberikan undi kepada parti pemerintah tetapi jika parti itu sendiri bongkak , takbur dan sombong , telah banyak bukti yang rakyat menolak kerajaan tersebut .

Jangan pula nanti Zahid jadi mantan YB akan keceluparan arahan yang dikeluarkannya itu .

 

Cili padi – memang dah lama tahu Zahid tak wajar dibuat kawan

Jan
03

PAT-PAT SIKU LIPAT(versi pilihnaraya)

 

 

Terbaca karya Nomoiz Ty , Gual Ipoh Tanah Merah membuatkan cilipadi tergerak untuk menyalin semula untuk tatapan blog ini .

 

Cilipadi rasakan , puisi ini mengandungi sindiran yang sangat tajam dan tepat kepada sekelompok manusia yang bergelar ahli politik .

 

Mudah sahaja , siapa yang makan cili dialah yang rasa pedasnya , tidak kira samaada ahli politik itu dari parti kerajaan mahupun pembangkang .

 

Kita hayati puisi ini sedalam-dalamnya dan jadikan iktibar dalam perjuangan kita .

 

Pat-pat siku lipat

Ini kisah pasal mengundi yang dah dekat

Pat-pat siku lipat

Ramai kepingin nak jadi Yang Berhormat

Pat-pat siku lipat

Bukan sebab apa nak kaya cepat

Pat-pat siku lipat

Nama dapat projek dapat

Pat-pat siku lipat

Tapi bukan senang otak mesti ligat

Pat-pat siku lipat

Kena pandai cakap pidato mesti hebat

Pat-pat siku lipat

Paling penting kena pandai tipu rakyat

Pat-pat siku lipat

Pandai auta baru BPR tak masuk dekat

Pat-pat siku lipat

Bila berkempen macam-macam janji dibuat

Pat-pat siku lipat

Tapi bila dah jadi YB dia pun lesap

Pat-pat siku lipat

Pat-pat siku lipat

Tinggalah anak mukim masihlagi mengharap

Pat-pat siku lipat

Jalan becak,pagar runtuh,jambatan rosak

Pat-pat siku lipat

Alahai YB kemana dia buat songlap

Pat-pat siku lipat

Dalam mesyuarat selalu saja dia lelap

Pat-pat siku lipat

Habis hilang duit rakyat

Pat-pat siku lipat

Kalau buat keputusan selalu saja buat silap

Pat-pat siku lipat

Habis hilang duit rakyat

Pat-pat siku lipat

Inilah dia si YB keparat

Pat-pat siku lipat

Memandangkan undi ditangan rakyat

Pat-pat siku lipat

Jangan pangkah si YB jenis perosak

Pat-pat siku lipat

Kelak merana rakyat tanggung akibat .

 

Mungkin penulis puisi ini nak kaitkan dengan pilihan raya kecil parlimen Kuala Terangganu , minggu hadapan .

 

Jadi kepada pengundi sekelian , tengok keliling , fikir kepentingan diri dan negara dan fikirlah lah samaada undi yang diberikan itu benar-benar betul , tepat dan jujur , pangkah lah calun mengikut gerak hati , bukan gerak orang lain saperti puppet .

 

 

Cilipadi – hanya berani ramal saja kerana keputusan sebenar terletak ditangan pengundi KT.

Nov
14

 

APA muslihat Tan Sri Rafidah Aziz beriya-iya ingin membuat peralihan kuasa pada jun 2009 sedangkan jika dilakukan pada march tahun hadapan , keputusan nya tetap sama , Rafidah tetap tidak memimpin wanita lagi .

 

Kalau dibandingkan dengan jawatan Pak Lah , jawatan Pak Lah lagi hebat sedangkan Rafidah Cuma MP biasa , tak lebih dari itu tetapi kenapa berlebih-lebih mempertahankan peralihan kuasa .

 

Tentu ada ada sesuatu yang mana ahli wanita tidak tahu tersimpan dalam hati Rafidah , adakah kerana terlalu sayangkan jawatan ketua wanita atau sengaja untuk memerangkap Sharizat supaya terjebak dalam satu pertarungan bagi mengekalkan jawatan naib ketua yang disandangnya .

 

Persoalan ini tentukannya bukan sahaja menghantui pemikiran ahli wanita tetapi juga membingungkan Sharizat kerana jika ada pelan peralihan kuasa , ianya perlu dijalankan secara menyeluruh , bukan sekadar memastikan Rafidah selamat tetapi Sharizat , lantaklah .

 

Kamalia tidak mungkin berkompromi dalam perkara ini kerana jelas hasrat perwakilan mahukan beliau dan harapannya untuk menang lebih besar jika menentang Sharizat .

 

Jika Kamalia menang , bulan jun nanti ketua pergerakan wanita kebangsaan ialah Datuk Kamalia Ibrahim , bukannya sharizat dan ini yang merisaukan Sharizat .

 

Jika Sharizat mengumbar menentang Rafidah , bermakna Kamalia akan menang tanpa bertanding sedangkan Sharizat perlu berhempas pulas menentang bossnya .

 

Biarpun harapan untuk menang agak cerah tetapi jika ini sebenarnya permainan Rafidah dan Sharizat kalah , jun nanti ketua pergerakan wanita tetap pada Kamalia juga .

 

Itu pun kalau Rafidah mengotakan janji untuk menyerahkan kuasa kerana banyak sejarah membuktikan bahawa janji mulut tidak boleh dipakai tambahan lagi dalam politik dan terutamanya Umno .

 

Tetapi jika Rafidah memikirkan kehendak akar umbi dan menyerahkan jawatan itu pada march 2009 , bermakna peralihan kuasa yang dijalankan nanti benar-benar hebat kerana ia licin , lancar dan lansung tiada pertandingan .

 

Sharizat menang tak bertanding dan Kamalia pula menjadi naib ketua tanpa perlu bersusah payah berkempen .

 

Jika berlaku pertanding bagi kedua-dua jawatan itu , pastinya membabitkan ketiga-tiga tokoh tersebut dan salah saorang pasti akan kecundang .

 

Rafidah kecundang , tak apa kerana zamannya telah berakhir Cuma menantikan suiz di petik untuk memadamkan api kepimpinan nya sahaja .

 

Kamalia juga mantan wakil rakyat , setiausaha agung Pemadam kebangsaan ini juga tidak banyak rugi kecuali keuntungan besar jika menang .

 

Manakala Sharizat yang paling bahaya , samaada bertanding di jawatan ketua atau naib , resikonya tetap sama tapi dari kalah dikerusi naib ketua , baik kalah dikerusi ketua .

 

Satu isu lagi , ialah permainan Rafidah untuk melihat hanya orang Perak dan lebih jelas , pemimpin wanita Kuala Kangsar yang beliau jadi MP nya menggantikan tempat beliau dan berselindung disebalik peralihan kuasa .

 

Ada kemungkin .

 

Politik ialah permainan serba kemungkinan , jadi tiada yang tidak mungkin dan kemungkinan untuk Kamalia menjadi ketua wanita juga tidak boleh dipandang rendah pada pertengahan jun nanti kalau memang itu yang dihajatkan Rafidah .

 

Tinggal lagi terpulang kepada Sharizat untuk menilai , masuk lubuk atau bernafas selesa .

 

Jangan ikut kata enggang , makan buah beluluk , ikut kata orang , terjun masuk lubuk .

 

Cili Padi – biarkan biarkan …

 

 

Nov
11

CP ke Cili Padi

 

Atas permintaan beberapa teman , maka nama singkatan CP di gantikan kepada nama penuh Cili Padi .

 

Lepas ni , penulis akan gunakan Cili Padi sesuai dengan motto blog ini – enak tetapi pedas .

 

Harap maklum .

Nov
11

 

 

PENJENAMAAN SEMULA UMNO

 

 

UMNO tidak lemah , Umno masih releven dengan orang Melayu dan Umno masih berada di peringkat akar umbi dengan kukuhnya Cuma orang Melayu dan segelintir ahli Umno yang tidak yakin dengan parti itu dan pemimpinnya sahingga tidak memberikan undi semasa  pilihanraya umum ke 12 lalu .

 

Sebagai presiden parti yang mempunyai keanggotaannya melebihi 3 juta ahli , usaha gigih perlu dijalankan bagi mengembalikan minat pengundi untuk memangkah Umno dan Barisan Nasional dan seterusnya memastikan Umno tetap menjadi teras dalam system politik dan pemerintahan negara ini .

 

Datuk Seri Najib bertanggungjawab untuk menjenamakan semula Umno dengan memulihkan keyakinan ahli di peringkat akar umbi supaya terus bersama dengan Umno tidak kira dimasa susah mahu pun senang .

 

Beberapa langkah segera perlu dijalankan oleh Najib bagi tujuan penjenamaan semula Umno itu dan oleh kerana sistem sedia ada telah tidak releven lagi dan ditolak oleh pengundi serta ahli Umno , satu sistem terbalik atau sonsang perlu dijalankan bagi menarik kembali minat pengundi terhadap Umno .

 

Pertama , Umno telah berusia lebih 62 tahun , satu usia yang matang dan mungkin tidak keterlaluan kalau dikatakan Umno sudah tua kalau pun tidak terlalu tua.

 

Kalau diibaratkan Umno sebagai kakitangan kerajaan , Umno telah bersara dari memimpin sejak 4 atau 6 tahun yang lalu pada usia bersara 56 atau 58 tahun tetapi kerana Umno adalah parti politik dan corak kepimpinan Umno sentiasa berkesan sepanjang masa , maka Umno harus dan  mesti releven dengan Negara ini dan juga keadaan semasa dalam Negara .

 

Umno tidak boleh pupus atau hapus dari muka bumi Malaysia kerana kehilangan Umno bukan sahaja akan ditangisi oleh kelompok 3.4 juta ahli tetapi juga oleh keseluruhan rakyat yang pernah dipimpin oleh Umno .

 

Juteru itu , Umno mesti mencari ruang bagaimana dan cara mana untuk Umno di remajakan semula dan jika boleh sama saperti berebut-rebutnya orang Melayu menyertai Umno diawal penubuhannya tahun 1946 lalu .

 

Peremajaan Umno bukan sahaja menjadikan Umno lebih kuat dan mampu untuk bertahan lebih 50 tahun lagi kerana membiarkan Umno saperti sekarang , akan menjadikan Umno usang dan terus terpinggir dari hati rakyat dan kepimpinan Negara .

 

Adalah lebih baik jika peremajaan ini mengambil kira sensitiviti masyarakat Melayu semasa terutamanya gulungan muda kerana ini lah gulungan yang bakal mewarisi kepimpinan Umno untuk dekad-dekad yang akan datang .

 

Pemimpin boleh pergi dan datang tetapi Umno tidak boleh pergi kerana kehilangan Umno dari puncak kuasa dan pentadbiran Negara merupakan satu kehilangan yang sangat besar dan boleh merugikan semua orang tidak kira mereka Melayu atau bukan.

 

Kedua , pemilihan pemimpin saperti yang diamalkan sekarang wajar diubah kepada satu sistem baru dimana semua ahli Umno berhak memilih pemimpin secara demokrasi.

 

Tidak ada lagi pemimpin yang dipilih atas sebab mempunyai hubungan baik dengan pemimpin tertentu , mempunyai hubungan persaudaraan atau pun pandai bermuka-muka serta mengampu disamping kaya tetapi mempunyai akal fikiran saperti penyamun .

 

Pemimpin disemua peringkat dari cawangan , bahagian , negeri dan pusat perlu dipilih oleh lebih 3 juta ahli Umno , macamana caranya terpulang kepada pucuk pimpinan kerana dalam sistem sains dan teknologi sekarang , tidak ada yang mustahil untuk dilakukan .

 

Jika sitem pilihanraya umum yang begitu sukar dan meliputi kawasan serta bilangan pengundi yang besar , apa sangatlah dengan 3 juta ahli yang tentunya mudah dilaksanakan jika ada kemahuan .

 

Begitu juga di peringkat perhubungan negeri , perlu ada pemilihan mengikut sistem yang sama kerana jawatan-jawatan di peringkat ini sangat penting  kerana disinilah letaknya penapisan peringkat kedua dalam memilih calon Umno dalam pilihanraya .

 

Disetiap bahagian , ada antara 20,000 hingga 30,000 ahli dan lebih 80 peratus adalah pengundi berdaftar , ini bermakna lebih 16,000 hingga 24,000 adalah pengundi dari kalangan ahli Umno .

 

Tidak ada sebab untuk Umno kalah dikawasan tersebut jika semua ahli Umno mengundi Umno dan BN tetapi hakikat sebenarnya ialah mereka ini lah yang memberikan undi kepada pembangkang atas beberapa faktor antaranya tidak setuju dengan calon , pemilihan calon tidak sesuai dengan kehendak mereka dan marah dengan pemimpin tempatan atau nasional berhubung dengan isu-isu tertentu .

 

Ketiga , Najib perlu menggerakan aktibiti-aktibiti Umno disemua peringkat dan tidak hanya di peringkat pusat dan negeri sahaja kerana yang lebih penting ialah di peringkat cawangan dan akar umbi dimana Umno itu bertapak

 

Sekarang ini , cawangan saolah-olah tidak berfungsi sepenuhnya semasa tidak ada pilihanraya atau pemilihan di peringkat cawangan .

 

Pemimpin di cawangan tidur serta tidak melaksanakan aktibiti-aktibiti atas alasan tiada keperluan sedangkan pembangkang , saban waktu mengadakan ceramah , usrah dan perjumpaan bagi menarik minat orang ramai mendekati dan mengundi parti mereka .

 

Sikap terlalu ego dengan sejarah dan kedudukan sebagai parti pemerintah menjadi mereka bongkak , alpa dan dibenci masyarakat dalam diam sahingga pemimpin Umno tidak sedar bahawa mereka sudah tidak bertaring lagi dimata pengundi semasa pilihanraya umum .

 

Jika keadaan ini dibiarkan dan penjenamaan semula tidak dilakukan oleh Najib , Umno mungkin berkubur dalam PRU ke 13 nanti dan parti itu mungkin tinggal sejarah menjelang pertengahan abat ke 21 .

 

Keempat , usaha menarik minat generasi muda kedalam Umno mesti dijalankan seiring dengan memantapkan daya pemikiran generasi lama dalam Umno .

 

Tidak wajar sekatan dikenakan kepada kumpulan ini untuk menuarakan pandangan dan pendapat serta peluang perlu diberikan seluas-luasnya kepada mereka untuk berfikir di masa yang sama perlu di susun sessi penerangan dan percambahan fikiran yang sesuai dengan mereka dan selari dengan perjuangan Umno .

 

Generasi muda ini kebiasaannya adalah mereka yang berkedudukan , berpendidikan dan bebas untuk mengetahui sebarang maklumat dan bebas untuk membuat keputusan .

 

Sekiranya Umno memantapkan daya intelek mereka dengan kekuatan Umno itu sendiri  mustahil gulungan ini boleh lari menyokong pembangkang kerana aspirasi yang mereka ingin wujud dalam Umno sendiri .

 

Kelima , politik wang perlu disekat kerana ianya bukan sahaja menghancurkan Umno malahan pemimpin yang naik dengan wang ringgit akan menjadi perompak dan penyamun apabila berkuasa bagi menggantikan wang yang telah mereka laburkan .

 

Peruntukan besar mesti disediakan untuk cawangan dan bahagian bagi menjalankan aktibiti dan ianya mesti disalurkan dengan telus supaya tidak ada yang menuduh berlakunya penyelewengan peruntukan .

 

Jika cawangan mempunyai peruntukan khusus dari Umno , mereka tidak perlu menagih wang dari individu atau pemimpin  tertentu dan tidak ada keperluannya untuk individu itu memberikan wang walau dengan sebarang alasan kerana peruntukan dicawangan itu sendiri sudah mencukupi .

 

Jika ada yang cuba untuk menyogok atas maksud tertentu , tindakan undang-undang mesti diambil tidak kira samaada pemimpin pemimpin kecil atau ikan jerung .

 

Selain itu , sistem pengurusan kewangan Umno juga perlu diperkemaskan dengan mewujudkan pengoditan keatas perbelajaan yang dikeluarkan baik semasa mengadakan aktibiti , ceramah , semasa pilihan raya umum mahupun di mesyuarat cawangan dan bahagian .

 

Sistem yang ada sekarang ibarat melepaskan batuk ditangga sahaja dan sekadar mengabui mata sedangkan sebenarnya , wang yang mengalir setiap kali Umno mengadakan pemilihan amat besar sekali .

 

Peruntukan besar perlu disalurkan ke cawangan bagi menganjurkan ceramah sepanjang masa dan isu-isu baru perlu diketengahkan bagi menarik minat generasi muda mendekati Umno

 

Keenam , tradisi Umno mengusai kerajaan tidak wajar dijadikan agenda untuk menarik generasi muda menyertai Umno dengan alasan bahawa mereka menyertai parti yang akan mengontrol kerajaan sedia ada .

 

Ini menjadikan kebanyakan ahli Umno bongkah dan sombong dengan kakitangan kerajaan dan sering memberi amaran dan ugutan untuk mengambil tindakan keatas mereka jika tidak bertindak mengikut apa yang diinginkan oleh mereka .

 

Sistem pentadbiran kerajaan hari ini adalah antara yang terbaik di dunia dan jika ada tangan-tangan ghaib yang mengganggu perjalanan kerajaan , pasti menimbulkan kegusaran dalam menjalankan tugas dan ini boleh menjejaskan prestasi Umno .

 

Kerajaan membuat dasar , kakitangannya melaksanakan dasar dan jika mereka tidak melaksanakan dasar yang dipersetujui , tindakan mengikut peratusan sedia ada perlu dikenakan .

 

Mengenakan ugutan atau amaran bukan tindakan sesuai apalagi kalau apa yang disarankan itu menyalahi peruntukan undang-undang atau peraturan perkeliling tertentu .

 

Ketujuh , Umno tidak perlu lagi menunjukan bahawa parti itu terlalu dominan dalam BN kerana ianya tidak digemari oleh parti lain saolah-olah mereka sekadar nasi tambah dalam memimpin negara ini sedangkan sumbangan setiap parti dalam BN sama besarnya dengan sumbangan Umno itu sendiri .

 

Lihatlah apa sudah jadi bila kaum cina menolak MCA dan Gerakan serta kaum india menolak MIC atas alasan bahawa parti-parti itu menjadi boneka Umno sedangkan hakikatnya , mereka berkongsi kuasa dengan Umno itu sendiri .

 

Biarlah Umno dalam BN kelihataan setaraf baik berdiri mahupun duduk dengan parti-parti lain asalkan semua memahami bahawa teras keupayaan dan kekuatan BN ialah Umno dan hakikat itu diakui oleh parti tersebut , sudah lebih memadai daripada kelihatan amat ampuh tetapi  tidak diterima semasa pilihanraya .

 

Biarpun Umno tidak pernah membuli parti komponen lain , tetapi kerana Umno adalah teras kepada BN maka apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin Umno akan menjadi satu dasar yang perlu dipatuhi oleh semua komponen BN .

 

Umno perlu lebih banyak jadi pemerhati dan tempat dimana komponen BN yang lain menjadikan Umno sebagai tempat rujukan bukan sebagai rakan yang ditakuti sebagaimana sikap saorang bapa apabila membeliakkan mata kepada anaknya .

 

Nov
01

CP mendapat banyak respon berhubung keputusan pemuda bahagian Kuala Pilah mencalunkan Mukriz bagi jawatan ketua pemuda kebangsaan  dan meminggirkan calun dari negeri sendiri .

 

Ada yang kata ianya wajar kerana itu sebahagian proses demokrasi dalam Umno tetapi ramai yang menyifatkannya sebagai makan daging saudara sendiri .

 

Malahan ada yang mengatakan pemuda KP , Jempol , Rasah , Jelebu macam tak ada tolo , bangang dan sengaja berniat nak memalukan KJ serta orang negeri sendiri .

 

Kata YB Adnan , orang MB dan KJ ialah ketua pemuda bahagian MB , jadi mana kesetiaan Adnan sebenarnya , pemimpin sebegini tidak patut disambung khidmatnya penggal akan datang .

 

Samad Ibrahim lagi tak guna , nama exco Negeri Sembilan tetapi tak sokong pemimpin negeri sendiri , agaknya kalau dia jatuh nanti Mukriz yang akan tolongnya , entah menang ke tidak G 7 nanti .

 

Begitu banyak wakil rakyat Umno sampai 5 orang dan saorang MP , tapi untuk mencalunkan KJ satu-satu calun pemuda dari negeri ini pun susah .

 

Rentilah jadi wakil rakyat kalau macam pondan dan tak tahu malu .

 

Sudahlah Bibi dimalukan oleh puteri di Rembau , sekarang hanya  pemuda Tampin yang memihak kepada KJ .

 

Nampak gayanya , Mail gagal jaga anak buahnya dan perlu digantikan dalam pemilihan akan datang .

 

Kalau tak ada , biar CP aje yang bertanding biarpun CP suka pakai tudung tetapi CP bukan pondan apa lagi pengkid .

 

Tan Sri Abu Zahar Ujang kena balik , betulkan Umno bahagian .

 

Brother pun jangan lah pasang angan-angan nak tanding MT kerana yang pertama tidak mengundi dan menyokongnya ialah perwakilan KP dan negeri ini .

 

Ini lah budaya songsang dalam Umno bahagian ini .

 

Hebat sangat lah tu…

 

 

CP – malu dengan pemuda tak bertolo

Oct
31

( disalin dari blog pejun.blogspot.com )

 

MARCH 2009 tinggal hanya beberapa bulan dan jika itu memang ketentuan Tuhan , Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Perdana Menteri yang keenam dan Perdana Menteri yang mungkin mempunyai tugas yang paling berat berbanding dengan perdana menteri sebelum ini .

 

Mungkin juga senerio sekarang agak menyamai kejadian yang berlaku kira-kira 38 tahun lalu bila bapa Najib Tun Abd Razak Hussien mengambil alih teraju kepimpinan negara dari Tunku Abd Rahman salepas peristiwa 13 Mei dan bermula dari situ Dasar Ekonomi Baru ( DEB) dirancang dan dijadikan teras kepada pembangunan negara .

 

Dasar tersebut menjadi tunjang kepada segala dasar lain yang dibentuk kerajaan , diasaskan kepada dua strategi utama iaitu menysusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum .

 

Walaupun DEB kemudiannya diganti dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) tetapi roh  tetap sama kerana sejak ianya dilancarkan hingga tamat 20 tahun kemudian , penyusunan semula masyarakat dan pembasmian kemiskinan belum tercapai sepenuhnya .

 

Pemilikan ekuiti Melayu berbanding kaum-kaum lain di bidang ekonomi masih rendah sekitar 18 peratus sahaja sedangkan hasrat yang ingin dicapai melalui DEB ialah  30 peratus  .

 

Kedudukan itu wajar kerana lebih 60 peratus penduduk di negara ini adalah kaum Melayu dan bumiputra dan kadar jumlah ekuiti itu dikira masih terlalu kecil berbanding dengan pemilikan ekuiti kaum-kaum lain .

 

Sejajar dengan perkembangan semasa negara yang bakal menuju ke negara maju menjelang tahun 2020 , satu dasar baru yang mirip DEB perlu di rancang dan dilaksanakan supaya hasrat dan cita-cita DEB yang diasaskan oleh Tun Razak mencapai matlamatnya .

 

Mungkin Dasar Ekonomi Nasional (DEN) atau Dasar Ekonomi Maju (DEM) wajar dirangka dari sekarang kerana proses peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib sedang berjalan  dan tempoh itu semakin hari semakin dekat .

 

Sebagai pemimpin yang mewarisi bakat dari Tun Razak dan dalam keadaan negara dan politik yang agak kurang stabil , Najib saaolah-olah mempunyai tanggung jawab besar bagi merangka satu dasar baru yang sesuai dengan pengisian negara maju , yang mahu tidak mahu pasti akan menjelang tiba .

 

Harapan rakyat pada Najib sangat besar dan Najib tidak wajar mensia-siakan peluang ini bagi memastikan bukan sahaja negara terus berada dibawah pemerintahan BN tetapi juga keaman dan kemakmuran yang dinikmati rakyat sekarang , terus berkekalan .

 

Segala sudut perlu diambil kira termasuk peningkatan ekuiti masyarakat bukan Melayu dan bumiputra selain pemilikan ekuiti Melayu yang semakin hari semakin menurun.

 

Oleh kerana pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat masih belum mencapai hasrat yang ditetapkan , kedua-dua teras DEB hendaklah di remajakan semula melalui DEN atau DEM .

 

DEN mahupun DEM menjadi wadah baru kepada kepimpinan baru yang lebih dinamik , bersungguh-sungguh dan realistik dengan masyakat berbilang kaum dinegara ini.

 

Mungkin perkara 153  Perlembagaan Persekutuan berhubung Hak-Hak Istimewa Orang Melayu , Kontrak Sosial , pemberian biasiswa dan banyaklah isu utama juga turut diselitkan dalam pembinaan DEN atau DEM .

 

Satu lagi espek yang perlu dipertimbangkan ialah espek undang-undang dan penguatkuasaan dimana mereka tidak kira penyokong kerajaan atau pembangkang yang mengungkit , mempertikaikan , tidak mahu melaksanakan atau sengaja diambil tindakan .

 

Penguatkuasaan perlu memandangkan sudah wujud satu budaya dikalangan pemimpin politik untuk mencari pepuloriti murahan dikalangan kaum masing-masing terutamanya menjelang pemilihan dalam parti yang mereka wakili .

 

Jika DEB memfokuskan kepada masyarakat Melayu , DEN atau DEM wajar digubal untuk semua gulungan dan kaum biarpun terasnya tetap membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat .

 

Kekuatan ekonomi adalah tunggak utama selain kesetabilan politik daan sebarang cubaan untuk menseimbangkan pengagihan kek ekonomi negara wajar ditentang tanpa mengira keturunan .

 

Biar pun Najib pernah membayangkan bahawa roh DEB akan dihapuskan secara beransur-ansur tetapi tentunya satelah roh itu sendiri mencapai matlamat penubuhan DEB itu sendiri .

 

Penjenamaan semula DEB ini perlu dilihat sebagai usaha kearah memantapkan ekonomi negara dengan mengambil kira pembangunan ekonomi tempatan yang lebih berdaya saing berbanding dengan ekonomi antara bangsa yang sering tidak stabil dan terlalu dipengaruhi oleh faktor-faktor negara besar .

 

Usaha untuk kembali kebidang pertanian komersial melalui syarikat besar kerajaan atau GLC perlu dijadikan tumpuan utama kerana hanya pertanian komersial sahaja yang mampu menjana ekonomi  negara berbanding pertanian secara kecilan bagi kegunaan keluarga dan masyarakat sekitarnya .

 

Kita perlu lebih banyak mengeksport daripada mengimport kerana penggantungan kepada barangan import akan menyebabkan negara mengalami banyak masaalah bekalan dan harga apabila berlaku satu-satu krisis .

 

Selain itu , penggantungan kepada komoditi tertentu saperti kelapa sawit dan getah dalam negara perlu dikurangkan sebaliknya usaha memperluaskan penanaman komoditi tersebut di negara lain saperti yang di lakukan sekarang , dilihat bukan sahaja mampu menseimbangkan keadaan dalam negara .

 

DEB atau DEM juga harus menjadikan agenda perpaduan sebagai fokus menjelang tahun-tahun mendatang dimana masyarakat lebih mengutamakan kepentingan kelompok tertentu dari kepentingan negara .

Oct
30

GAWAT , keadaan dalam Umno memang parah dengan politik wang .

Menteri pun termasuk Rais Yatim mengakuinya , entah ada bukti atau tidak , tak tahu lah tetapi begitu lah kata mereka .

Sejak zaman Tun Musa Hitam lagi , politik wang dah wujud cuma pada waktu itu belum parah macam sekarang .

Wang bergerak begitu pantas dan perwakilan didatangi baik siang dan malam untuk diberikan wang belanja tetapi hakikatnya minta undi .

Ada undi ada fulus dan ada fulus , semua lulus .

Jawatankuasa disiplin parti tak terdaya nak cegah kerana yang lakukan pun bukan orang kecil , kebanyakannya orang besar dan banyak duit .

Perwakilan pun sama juga , kadang kala sengaja minta kononnya sengkek sangat masa pemilihan Umno ini sampai tak mampu nak datang mesyuarat bahagian kalau tak diberikan bantuan wang .

Malahan ada yang mungkin kaya sekejap tetapi bila habis pemilihan dan keputusan dah diumumkan , calun yang menang tak nampak muka lagi , yang kalah tentulah dah lesap entah kemana , yang menang pula menagih dari pihak atasan .

Suasa

keratan akhbar lama - sekadar hiasan

keratan akhbar lama - sekadar hiasan

na menang-menang , tiada yang susah , keluar belanja sikit di bahagian untuk menjadi perwakilan , dapat banyak di peringkat kebangsaan .

Peliknya , parti lain macam MCA , MIC , DAP , PAS mahupun PKR tak lah kecoh sangat pasal politik wang .

Agaknya , mereka kurang duit , yang banyak duit orang Umno tetapi pencapaian ekonomi orang Melayu cuma 18 peratus sahaja .

Entah lah ….

CP – sendiri mahu ingatlah .

Oct
28

NAIK MEMECUT,TURUN BERDIKIT

 

 

ISU PERTAMA

Pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahril A Samad baru-baru ini bahawa harga minyak di pam akan diturunkan lagi selaras dengan harga minyak dunia yang mencecah USD 67 setong , satu pengumuman yang ditunggu-tunggu semua pihak .

 

Malangnya ada syarat disebalik pengumuman yang begitu indah dimana minyak petrol berkemungkinan diturunkan tidak lebih 15 sen seliter manakala diesel pula 20 sen seliter atas alasan tidak mahu kerugian mendadak kepada pengusaha stesen minyak .

 

Lunak betul bahasa Shahril , nasib peniaga stesen minyak yang jumlahnya mungkin tidak sampai 3,000 orang dijaga sebegitu mesra sedangkan nasib pengguna yang berjumlah 27 juta dinegara ini , dibiarkan mengalami kesulitan dan keresahan .

 

Shahril mungkin lupa bahawa sewaktu minyak naik mendadak 78 sen seliter tiga bulan lalu , pengusaha stesen minyak tiba-tiba merungut kerana komisen yang diterima tetap sama walaupun harga di pam dinaikan , lantas kerajaan menetapkan bahawa kadar komisen bergantung kepada harga minyak di pam .

 

Tersenyum lebar lah mereka dan pertama kali dalam sejarah , harga minyak dinaikan begitu tinggi dan pertama kali dalam sejarah juga , stesen minyak sesak dari petang hingga jam 12 malam hari yang sama pengumuman minyak dinaikkan .

 

Bayangkan lah jika satu stesen minyak mampu menjual antara 50,000 liter hingga 100,00 liter sehari dan bekalan pula dihantar pagi sebelum minyak dinaikkan , bayangkanlah keuntungan setiap liter minyak yang  dijual salepas jam 12 malam biarpun harga pada masa penghantaran adalah harga sebelum minyak dinaikan .

 

Agaknya bila untung besar diam , tetapi bila kurang sikit ( bukan rugi ) mulalah merungut dan menteri pula mahukan rakyat sendiri yang menanggung beban kewangan rungutan itu .

 

Dulu masa dekat hari raya , Sharil berkata harga tak boleh turun terlalu rendah kerana kuatir bekalan tidak mencukupi masa hari raya kerana pengusaha stesen minyak malas nak jual banyak kerana untungnya sikit .

 

Betul ke Shahril ni .

 

ISU KEDUA

Harga minyak diasaskan kepada harga dipasaran dunia , kenaikan tidak dapat dielakan kerana harga minyak dunia naik dan kerajaan tidak mampu untuk tanggung subsidi yang meningkat berbilion-bilion ringgit setahun .

Tidak disentuhpun soal tukaran wang asing antara ringgit dengan dollar US , dan pada masa itu nilai dollar US tidak disentuh lansung kecuali harga minyak USD 147 setong .

 

Rakyat percaya kepada penerangan menteri dan menerima hakikat bahawa kita tidak dapat lari dari pasaran global kerana harga minyak seluruh dunia naik biarpun ada yang membandingkan keadaan negara ini dengan negara tersebut dari segi kedudukan ekonomi mereka , pendapatan per kapita dan apakah negara tersebut menjadi pengeluar minyak atau tidak .

 

Tetapi bila harga mula menurun , rakyat masih tidak dapat penurunan yang seimbang saperti penurunan harga minyak dunia kerana Shahril kemudiannya membandingkan pula kadar tukaran ringgit dengan USD yang menjunam .

 

Kesitu pulak Shahril membuat perbandingan dan minyak hanya turun sekadar 10 hingga 15 sen sahaja kerana kadar pertukaran tersebut tidak menguntungan negara ini lagi .

 

Begitu liat Shahril nak menurunkan harga minyak di pam dan Shahril sentiasa madah berhelah bagi melihat rakyat terus sengsara mungkin bagi memberitahu rakyat , ini lah akibatnya kalau tidak menyokong kerajaan secara total biarpun sebelum PRU 12 , Najib pernah menngumumkan bahawa dakwaan pembangkang yang kerajaan akan menaikan harga minyak salepas PRU tidak benar sama sekali .

 

Shahril biarpun menjadi menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna tetapi beliau mungkin pengguna yang paling sadikit menjalankan haknya berbanding kedudukan beliau dalam soal perdagangan dalam negeri .

 

Shahril mungkin tidak merasa bagaimana sukarnya bersesak tengah malam semata-mata ingin mengisi minyak bagi menikmati perbezaan harga kira-kira RM 30 setangki penuh .

 

Shahril juga tidak mengetahui berapa kilometer kenderaan dapat bergerak apabila mengisi RM 100 kerana minyak yang diisikan oleh pemandu nya ditanggung kerajaan , jalanlah kemana pun dan isilah berapa banyak pun , semuanya kerajaan yang tanggung .

 

Shahril sebagai menteri tidak paham bagaimana sulitnya kehidupan rakyat akibat kenaikan harga minyak kerana beliau bergaji besar , mempunyai kenderaan kerajaan dengan pemandu , mempunyai sukup kemudah dan elaun yang diberikan kerajaan , berjumlah ribuan ringgit sebulan .

 

Jadi apa erti sukar pada Shahril untuk menaikan harga minyak atau meruncitkan penurunannya kerana Shahril tidak mengalami apa-apa kesulitan , malahan beliau mempunyai peluang untuk menjadi lebih pepulor .

 

Bayangkanlah , beliau mengumumkan bahawa harga akan dinaikan di awal bulan terkedepan tetapi pertengahan bulan sudah dinaikan sedangkan apabila harga hendak diturunkan , dua minggu beliau telah mewar-warkannya kepada rakyat .

 

Jadi dalam soal ini , Shahril tidak rugi atau merasa apa-apa  jika minyak di pam mahal bagai emas sekali pun tetapi yang dibimbangi Shahril ialah keuntungan kecil yang bakal diterima pengusaha stesen minyak .

 

Ada apa-apa ke ? .

 

ISU KEEMPAT

Isu ini isu utama iaitu KESILAPAN BESAR yang dilakukan kerajaan kerana menaikan harga minyak sedangkan kenaikan sebenar harga minyak global Cuma 2 minggu sahaja dana salepas itu , kedudukannya mula statik dan menurun .

 

Jika kerajaan bertahan untuk tempoh itu , kerajaan mungkin mengalami kekurangan simpanan bagi menampung subsidi tetapi 27 juta rakyat tidak mengalami inflasi yang melampau , harga barangan terutamanya beras tidak naik mendadak , harga makanan di kedai naik sahingga 30 peratus , kos pengangkutan meningkat tinggi dan serba serbinya naik .

 

Itu lah akibat yang terpaksa diterima rakyat apabila harga minyak dinaikan tetapi apabila harga mula turun , Shahril tidak pula mampu menurunkan harga barangan yang dah naik .

 

Disinilah kesilapan menaikan harga minyak secara mendadak yang bukan sahaja memberikan impak yang besar kepada rakyat tetapi juga kepada sokongan rakyat yang semakin terhakis dari masa kesemasa akibat dari salah urus dan salah tadbir negara ini .

 

ISU KELIMA

Wajar jika dicadangkan agar kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di pisahkan kepada kementerian perdagangan dalam negeri dan kementerian hal ehwal pengguna supaya tidak berelaku pertindihan tanggungjawab .

 

Jika Shahril menjadi menteri kepada salah satu kementerian tersebut , mudahlah untuk beliau menjalankan tanggungjawab dengan berkesan , tidak saperti sekarang sentiasa berhati-hati dan lebih mengutamakan perdagangan daripada pengguna .

 

Tidak perlulah Shahril berkira sangat untuk menurunkan harga minyak di pam kerana ada menteri lain yang mewakili pengguna yang akan mendesak beliau mengutamakan kepentingan pengguna .

 

Ataupun jika ada menteri lain yang cuba menggugat keharmonian pengguna , Shahril pula yang jadi hulubalangnya , membela nasib pengguna .

 

Kan itu lebih mudah dari sekarang .

 

Harapan salepas ini Najib dapat memikirkan idea ini biarpun ianya tidak bernas dan datangnya dari blogers sahaja .

 

Apa pula isu anda ?

 

 

CP – sedia beri pandangan lain .

bagus macam ini , tak payah pakai minyak , tak lah perlu komen Shahril

bagus macam ini , tak payah pakai minyak , tak lah perlu komen Shahril

Oct
28

PENCALUNAN demi pencalunan diterima oleh Naib Ketua Wanita Datuk Sharizat Abdul Jalil biarpun beliau berkali-kali mennjukan kesetiaanya kepada Datuk Rafidah Aziz dengan memberitahu masyarakat umum bahawa beliau hanya berminat untuk bertanding jawatan naib ketua wanita dalam pemilihan tahun depan .

 

Persidangan wanita di bahagian-bahagian nampaknya tidak lagi boleh tahan dengan peralihan kuasa yang diatur Rafidah kerana mereka tidak diajak berunding sama kecuali menerima sahaja apa yang diaturkan oleh Rafidah dan Sharizat .

 

Keadaan ini menjadi mereka serba salah dan akhirnya mengambil keputusan untuk mencalunkan Sharizat bagi mencabar Rafidah sekiranya Rafidah berkeras ingin melaksanakan peralihan kuasa yang telah dirancangnya .

 

Persoalannya ialah , siapa yang untung dan siapa pula yang rugi dalam perkara ini memandangkan pencalunan Rafidah dan Sharizat telah melepasi kauta yang di tetapkan MT bagi jawatan ketua .

 

Begitu juga pencalunan Sharizat bagi jawatan naib ketua dan pencalunan dua tokoh lain bagi jawatan yang sama iaitu Datuk Kamalia Ibrahim , Ketua Wanita Kuala Kangsar dan Datuk Azalina Othman Said , Ketua bahagian Pengerang , Johor .

 

Jika kedua-dua tokoh ini cukup pencalunan untuk jawatan naib ketua , pasti kedua-duanya akan mencabar Sharizat dan dalam kedudukan ini , Sharizat kelihatan amat goyah kerana hasrat bahagian-bahagian mahukan beliau menjadi ketua tidak kesampaian .

 

Ini menjadikan Sharizat serba salah kerana persefahaman antara beliau dengan Rafidah telah dibuat tetapi apakah maknanya persefahaman itu , jika beliau dicabar di peringkat naib ketua dan jika tidak bernasib baik , beliau mungkin kalah sedangkan beliau mempunyai satu alternatif lain iaitu memungkiri janji yang dibuat dan mencabar Rafidah .

 

Penyelesaian terbaik adalah ditangan Rafidah sendiri dimana jika benar Rafidah ingin memberikan kerusi itu kepada Sharizat , ini lah masanya yang paling sesuai kerana hanya ada Rafidah dan Sharizat di kerusi tersebut .

 

sekadar hiasan - terpulang ke Sharizat samaada nak masuk ke gerbang yang baru atau tinggal diluar kandoi

sekadar hiasan - terpulang ke Sharizat samaada nak masuk ke gerbang yang baru atau tinggal diluar kandoi

Jika Rafidah menarik diri , ini bermakna Sharizat akan menang tak bertanding dan hasrat Rafidah ingin melihat Sharizat menjadi ketua wanita akan tercapai tetapi jika Rafidah berkeras ingin melaksanakannya melalui peralihan kuasa , Rafidah akan menang tanpa bertanding tetapi Sharizat hampir pasti akan ditentang dua peguam iaitu Kamalia dan Azalina .

 

Azalina berpeluang besar kerana beliau adalah menteri , saorang ketua bahagian , disenangi semua perwakilan terutamanya perwakilan lelaki dan berpotensi untuk maju kehadapan berbanding dengan Kamalia , bekas saorang wakil rakyat .

 

Mungkin Kamalia lebih berpengelaman tetapi kemampuan Azalina mengemudi dua kementerian sebelum ini menjadi asas kukuh mengapa perwakilan wanita mengundi beliau berbanding Kamalia , lagi pun sejak Azalina mengumumkan hasrat untuk bertanding , pencalunan untuk beliau bagi jawatan naib ketua , mendadak meningkat.

 

Perhitungan ini perlu diambil kira oleh Sharizat kerana Azalina adalah saorang menteri sementara Sharizat pula Cuma penasihat bertaraf menteri dan bukan anggota kabinet kerajaan .

 

Antara janji dan keadaan semasa , keadaan semasa perlu diambil kira kerana silap pehitungan politik , yang jadi mangsa nanti tentunya Sharizat sendiri .

 

Tidak ada salahnya untuk Rafidah berundur sekarang dengan menarik diri kerana bulan march atau jun sama sahaja kepada Rafidah , yang bakal mengosongkan kerusi itu kepada Sharizat .

 

Lebih mudah menyerahkan kerusi itu sekarang dari menunggu tamatnya bulan November ini dan menyerahkannya pada pertengahan jun kerana pada masa itu naib ketuanya mungkin bukan Sharizat lagi , mungkin Azalina atau pun Kamalia .

 

Jika ini benar-benar terjadi , apakah janji Rafidah kepada Sharizat dapat dilaksanakan atau adakah ini permain Rafidah untuk kekal lebih lama lagi dalam pergerakan itu .

 

Siapa tahu , ada udang di sebalik batu dimana Rafidah merancang untuk kekal sepenggal lagi dalam pergerakan itu dan membuat janji dengan harapan Sharizat kalah dan peralihan kuasa tidak perlu dilaksanakan memandangkan perjanjian itu antara Sharizat dan Rafidah sahaja .

 

Azalina atau Kamalia tidak termasuk dalam proses tersebut dan jika naib ketua wanita nanti salah saorang darinya , Rafidah terselamat dan tidak ada yang boleh mempersoalkan rasionalnya peralihan kuasa itu .

 

Ini berbeza antara Pak lah dengan Datuk Seri Najib kerana hanya Najib berada di kerusi presiden dan tiada janji perlihan kuasa dibuat antara bakal presiden dengan bakal timbalan presiden .

 

Ambilah contoh apabila Zainal Rampak berjanji kepada Shafie Mammal akan membuat peralihan kuasa tetapi kemudian di mungkiri dan yang beruntung tentunya orang lain dalam MTUC .

 

Tidak wajar jika ada yang cuba membandingkan kedua-dua senerio ini dan yang pasti jika Sharizat tidak mencabar Rafidah , Sharizat bakal menerima beberapa kemungkinan dan  kemungkinan itu , kesemuannya bukan seindah yang beliau mungkin inginkan .

 

Sekarang tinggal kepada Sharizat untuk membuat keputusan muktamad samada meneruskan agenda peralihan kuasa ataupun bangun menentang Rafidah untuk kerusi ketua wanita .

 

Sejarah telah membuktikan bahawa jika ada pemimpin yang tidak mahu mengikut arus dan keras kepala kepada keyakinan dan kepercayaan sendiri , mereka sendiri yang akan ditelan oleh gelumbang tersebut .

 

Mahukah Sharizat terkorban kerana mempertahankan Rafidah atau terkorban menentang Rafidah ? .

 

Menentang Rafidah lebih mulia dan harapan untuk menang lebih berbanding kekal di kerusi naib memandangkan kehendak ahli di peringkat akar umbi memang sebegitu .

 

Jika kita masih ingat , Rafidah diberitakan pernah berkata bahawa beliau akur dengan kekalahan nya kepada Siti Zaharah Sulaiman dan tidak akan bertanding lagi tetapi sepenggal kemudian , beliau lah yang kehulu kehilir mengumpulkan sokongan untuk mencabar Siti Zaharah .

 

Apa pula peliknya jika kali ini silap mata Rafidah ialah mengenakan Sharizat yang kelihatan berpotensi menentangnya dengan lagu-lagu merdu sedangkan ianya adalah racun yang amat berbisa sekali .

 

Resiko mungkin ada  dimana Sharizat kalah dalam pertandingannya dengan Rafidah , tetapi jika diukur arus sekarang , kenyataan itu agak mustahil berlaku , jika tidak masakan ada pencalunan dibuat kepada Sharizat walaupun Sharizat sendiri menolaknya berkali-kali .

 

Tinggal lagi , tepuk dada tanyalah fikiran yang waras , politik ialah seni serba kemungkinan tetapi jika politik pandai digayakan , ianya menjadi satu seni yang amat indah berbanding jika tersilap gaya .

 

Baik Rafidah mahupun Sharizat , pastinya tiada siapa yang mampu menolak arus kerana keputusan PRU ke 12 membuktikan bahawa setinggi mana pun jawatan yang dimiliki dan sekuat mana pun keputusan yang dijanjikan , ianya tidak menjadi apa-apa makna jika keputusan itu bukan kehendak akar umbi .

 

Biar lah situasi menang menang menjadi permainan Rafidah dan Sharizat dan bukannya politik menghancurkan kawan .

 

 

Sep
25

ADA kah patut , kurang 10 sen saja , roti canai pun sekali naik sampai 20 sen tapi minyak paling banyak kurang 15 sen .

Bukan tak tahu bersyukur cuma tak puas hati sebab masa naik , berdesup , laju sekali sampai 70 sen tapi bila turun runcit-runcit pulak .

Naik macam kuda tapi turun macam kura-kura .

Itu yang tak patut , pengguna makin susah.

Yang pakai minyak susah , yang tak pakai minyak pun susah .

Yang senang ialah yang keluarkan minyak .

Peliknya , minyak urut , minyak atar dan semacam minyak yang lain , tak naik atau tak turun pulak .

Kalau macam tu siapa patut turun , sendiri mahu ingat lah .

 

CP – dah lama tak naik dan turun .

Macamana dengan pengguna motorsikal . Minyak naik juga ke

Macamana dengan pengguna motorsikal . Minyak naik juga ke

Sep
22

Kenyataan saorang menteri baru-baru ini bahawa harga minyak mungkin tidak dapat dinaikan semasa musim perayaan ini kerana dibimbangkan bekalan tidak mencukupi , adalah kenyataan yang dangkal sama sekali .

Alasan bahawa pengusaha stesen minyak tidak akan menambah bekalan sahingga orang ramai susah disebabkan kekurangan bekalan , adalah satu alasan yang tidak logik lansung dan tidak sepatutnya keluar dari mulur saorang yang berpendidikan dan bertaraf saperti itu .

Masa minyak dinaikan , ada stesen minyak yang mengaut untung besar kerana stok yang ada masih banyak lagi sedangkan bila nak diturunkan , tidak boleh pula kerana stok juga masih banyak dan minyak itu dibeli melalui harga lama .

Macam ini ka ?

Patutlah rakyat meluat tengok menteri tersebut dan sokongan makin berkurangan .

Ubah lah sikap , jadi menteri satu amanah rakyat , rakyat menaruh keyakinan kepada kepimpinan mereka untuk membela rakyat , kalau nak bela peniaga sahaja lagi baik jadi menteri kepada peniaga bukan kepada rakyat .

Jika tak nanti , jangan salahkan rakyat jika rakyat berhentikan sokongan .

Masa itu , nasi dah jadi bubur .

CP – sedih harga minyak global dah turun , harga minyak negara turun seciput saja .

Sep
18

Blog ini mungkin pedas tetapi ianya enak . Tidajk menyentuh sesiapa , sekadar untuk meluruskan pandangan sesama kita . Kalau terasa maaf . Tiada isu yang menyentuh peribadi sesorang boleh dibenarkan dalam blog ini . Komen yang diberikan mestilah jujur dan tidak bersifat berat sebelah .

Sep
18

Kita patut mengucapkan tahniah kepada Pak Lah dan Datuk Seri Najib kerana berani mengakui pelan peralihan kuasa yang di persetujui mereka berdua .

Kalau dua-dua dah setuju , apa lagi nak di bisingkan oleh sasatengah orang .

Yang nak beralih kuasa ialah Pak lah dan yang menerimaperalihan ialah Najib , jadi orang lain macam Muhyidin , Dr. M hatta DSAI , tak usah nak bising .

Kalau tak setuju , gunakan cara lain untuk bantah , bukan membising diluar .

 

CP – sentiasa sokong pelan peralihan yang di persetujui kedua pemimpin tersebut

Sep
18

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.